Travelog Penang -Sewa Basikal dan Bergambar di Penang Street Arts

 

Travelog Penang -Sewa Basikal dan Bergambar di Penang Street Arts | Pada hari kedua di Penang, kami sekeluarga berjalan melihat sendiri Street Arts Penang yang famous di kalangan tourist. 

Target huda nak sightseeing di Penang Street Arts dan bergambar di semua street arts di sini. Awal pagi bangun terus pergi makan buffet breakfast di Hotel Royal Chulan Penang. Okay lah, banyak choice dan semuanya sedap. Lepas breakfast terus bersiap pergi street arts, dalam pukul 8.15 tempah GRAB. Dekat jer kos pun cuma RM 5.
Pergi awal nak elak ramai orang. Grab berhentikan kami betul-betul depan street art yang popular
“ Kids on Bicycle” di lebuh Armenian . snap few photos dan jalan kaki. Terjumpa kedai sewa basikal. Pilih basikal yang boleh bawa anak-anak dengan selesa. Sewa basikal eletrik RM 20 per hour.
Naik basikal eletrik ni macam naik motor. Huda sewa tanpa fikir, ingatkan senang nak handle. Lepas try test few meter dari kedai sewa basikal ni, suami rasa tak yakin tengok huda bawa, dah la jalan agak sibuk dengan kereta. Maka, pergilah patah balik tukar basikal. hehe...
Basikal biasa 2 seater siap ada bumbung ganti basikal eletrik huda sewa mula2 tadi. suami jer guna basikal eletrik bawa ARIF. Time kami parking basikal ni, ada la few tourist selamba jer naik pastu bergambar kat basikal kami. Kalut time syok2 nak pose, ada orang kerumun basikal kami, rupanya nak bergambar, ingat kan nak curi..hehe
Cuaca mula panas pukul 10 pagi. Minum cendol. Depan kedai cendol ni ada Heritage Cat, masuk free jer, ada banyak lukisan dinding bertema kan kucing dan macam2 merchandise dengan tema kucing. kitorang anak beranak tak suka kucing, so just masuk sebab dok luar panas. snap few photos here...



Ini street arts di belakang Heritage Cats
Dan anak-anak mula bosan dengan aktiviti bergambar di street arts.. So pergi pulangkan basikal. Uncle kedai basikal ni baik, snapkan gambar kami masa awal-awal sewa basikal dan time pulangkan basikal.
Memang tak puas round dan tak sempat pun nak amik semua gambar di street arts Penang . Takpe lah, malas nak paksa anak-anak ikut sana sini dengan cuaca panas.


Antara few photos yang sempat amik, okay lah asal ada buat kenangan. Next time nak pergi dating berdua jer lah dengan suami syok sikit round naik basikal berdua. Anak-anak tak minat arts gini. huhu..

ice kepal ni pun tak sempat try. Pagi sangat lagi time lalu sini, kedai tak buka lagi. Walau sekejap jer jalan-jalan sini, enjoy lah jugak. At least ada memori bergambar di Penang Street arts untuk pertama kali dalam hidup.

Terus balik hotel dengan tempah grab dan ready nak check out dan move to next hotel. Nanti huda share more stories #TripPenang2021

Post a Comment

0 Comments