Advertisement

Travelog Penang - Royal Chulan Penang dan Padang Kota

Travelog Penang - Royal Chulan Penang dan Padang Kota | Setiap perancangan kita hanya akan berlaku dengan izin Allah. Dengan penuh rasa kesyukuran huda panjatkan, atas rezeki melimpah ruah dari Allah dan perancangan kami berjalan lancar seperti di impikan. Maka huda abadikan di blog kesayangan ini cerita kami, travelog ke Penang. Trip yang huda plan untuk new year getaway tahun 2021 dibulan Januari , namun tertangguh hingga hampir ke penghujung tahun 2021. Walau bagaimanapun dengan izin Allah jua semuanya tercapai jua akhirnya.. Jemputlah baca yer.. 





Day 1 ~ TRAVELOG PENANG 2021


Tiket flight ke Penang huda beli hujung tahun lepas, time Air Asia buat sale. Fuh serius murah sangat tiket kami sekeluarga pergi balik. Betul ke murah dari naik kereta ? 
Nah buktinya. Kami bukan orang have-have , tapi bila ada peluang promo Air Asia huda memang akan grab, nak bagi anak-anak holiday best naik aeroplane, once a year pun jadi lah dari takde langsung kan?



3 kali tau huda reschedule tiket flight ni, sampai rasa nak give up jer. Tukar dengan credit dalam akaun AA. Tapi fikir balik, sayang pulak tiket murah gini burn gitu. 

Few weeks before fly, AA email inform flight delay. Flight patutnya pagi yang huda booked, delayed sampai ke petang. Rugi dah timing hari pertama #TripPenang2021, sebab sampai airport dah pukul 6. Dan sampai2 jer hujan pulak tu. Hujan rahmat Allah bagi, apa lah kita ni suka merungut bila Allah hadiahkan hujan kan?

Awan mendung kelabu di Penang International Airport


Our 1st picture at Penang.
Theme day 1, warna white + dusty pink



Ujian... Tempah air asia ride, kali pertama, lepas tggu driver sampai 15 minit, dia cancel order. Dan second time baru terima order. Setengah jam buang masa turun naik , sebab driver 1st yg cancel tunggu atas kat departure gate, driver ke dua tunggu kat arrival gate pulak. Namun rezeki kali kedua tempah, dapat driver melayu, kereta Nissan Teana yang selesa. Alhamdulillah


Lepas tu dari air port ke hotel Royal Chulan Penang , jem lah sikit sebab timing orang balik kerja.

Hotel pertama kami check in di Penang adalah sebuah hotel 4 bintang iaitu Royal Chulan Penang. Walau hotel 4 bintang, huda dapat harga murah giler okay. Thank you Shopee!! 





 
Sampai hotel, check in letak beg jer. Trus pergi Padang Kota Lama. Just walking distance jer dari hotel.






Sampai di medan selera Padang Kota Lama lepas berjalan beberapa minit. 


Pertama kali The Arifs jejak Penang, kenalkan diorang dengan menu Pasembor. Alhamdulillah, diorang suka makan. 


Last huda datang sini makan Pasembor 9 tahun lepas, masa tu 6 months pregnantkan Arif Haikal. Fuh lama giler kan? So excited giler nak beli, amik kau amik udang beso2. pastu terkejut tgk bil mahal. haha...


Si adik paling suka. Kena lagi repeat makan sini, tak puas makan sekali jer...


Lepas makan bergambar sakan " around the world" dengan pameran lampu di Padang Kota Lama.

 

 


.Alhamdulillah, akhirnya craving nak makan pasembor Checked
Alhamdulillah, syukur perjalanan kami hari pertama di Penang dipermudahkan dan yang paling penting , tunaikan hajat The Arifs nak fly


Post a Comment

2 Comments

  1. wah menarik la.. huda rajin nya cari tiket murah , ni rasa nak travel suka2 ni .. berbaloi bawa anak2 jalan. tiket murah, hotel dpt voucher.. memang rezeki anak2 ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdullilah UN, memang rezeki anak2 kan. Kalau nak tunggu kaya duit kepok2 , duit lebihan nak jalan2, entah bila, so kena bijak grab segala benda yang jimat untuk bagi anak2 pengalaman baru. Syukur atas nikmat pinjaman Allah ni..

      Delete