Bebas bukan bermakna kita lupakan SOP yang ditetapkan oleh kerajaan. Sebaliknya, kita kena amalkan norma baharu dengan ikuti SOP seperti jaga jarak 1 meter, pakai pelitup muka di tempat awam dan sesak serta sentiasa menjaga kebersihan. Walaupun dah bebas, kita masih lagi perlu berjaga-jaga sebab kes harian masih lagi tinggi. Ini bermakna, di sekeliling kita masih ada lagi yang dijangkiti dengan Covid-19. Huda juga sentiasa ingatkan anak-anak betapa pentingnya menjaga kebersihan ni.
1 November ni sekolah dah mula buka. Ramai ibu bapa yang risau mengenai keselamatan anak masing-masing. Huda juga tidak terkecuali.
Jadi apa persediaan kita untuk pastikan anak kita terhindar daripada jangkitan kuman dan virus?
Disini Huda nak kongsikan sedikit berkaitan produk keluaran terkini dari Eskayvie iaitu Diffenz Junior yang dicipta khas untuk tingkatkan sistem imun dan tumbesaran kanak-kanak.
Inovasi Terkini Eskayvie Bantu Ibu Bapa Beri Perlindungan Terbaik Kepada Kanak-Kanak.
Syarikat bumiputera sepenuhnya, Eskayvie Sdn Bhd yang menjadi peneraju dalam penghasilan suplemen kesihatan tempatan mengorak langkah melancarkan produk vitamin terbaharunya, Diffenz Junior di satu majlis yang diadakan di Hotel St Regis, di ibu kota pada 27 Oktober 2021 yang lalu.
Produk berkenaan khusus untuk golongan kanak kanak dan bertepatan dengan situasi pandemik semasa COVID-19 menuju endemik.
“Diffenz Junior menjadi inovasi terbaharu kami bagi membantu ibu bapa untuk memberi perlindungan terbaik bagi kanak-kanak di musim pandemik ini.
"Dalam keadaan sekarang, sistem imun yang baik adalah sangat penting dan Eskayvie sentiasa berusaha memberikan sokongan diperlukan untuk setiap peringkat umur,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie, Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al Qudri.
Kanak-Kanak Mudah Terdedah Kepada Jangkitan Kuman & Virus
Walaupun Malaysia telah mencapai status vaksinasi lengkap sebanyak 94.6 peratus bagi individu dewasa, anak-anak di bawah usia 12 tahun masih belum mendapat perlindungan sepenuhnya.
"Justeru mereka berisiko serta sangat terdedah kepada jangkitan kuman dan virus. Diffenz Junior melengkapi keperluan itu.
"Tabiat pemakanan yang tidak seimbang selain kurang melakukan aktiviti riadah di luar rumah disebabkan pandemik, menyebabkan mereka cenderung mengalami sistem imun yang lemah,"
Dr Syid Ayob berkata, pihaknya memahami kerisauan ibu bapa tentang keselamatan anak-anak di bawah usia 12 tahun yang masih belum mendapat suntikan vaksin.
"Diffenz Junior dirumus secara saintifik menggabungkan bahan utama iaitu Cendawan Susu Harimau, Buah Camu-camu, Kolostrum, Multivitamin, Vitamin C dan Vitamin D.
"Gabungan ramuan kaya antioksidan, vitamin dan flavonoid semulajadi ini mampu memberi perlindungan terbaik kepada kanak-kanak.
"Tablet kunyahan perisa oren yang enak ini bukan saja untuk menyokong sistem imun, malah turut membantu tumbesaran anak dan seterusnya menjadikan mereka kekal sihat dan bertenaga sepanjang hari,” katanya.
Pentingnya Penjagaan Sistem Imun Badan Terutamanya Kanak-Kanak
Pengarah Urusan Eskayvie, Kartika Wati Mohamed menambah pelbagai aktiviti pemasaran dan jualan telah dirangka sepanjang Oktober dan November ini.
"Ia untuk memberi kesedaran kepada pentingnya penjagaan sistem imun untuk seisi keluarga terutamanya kanak-kanak.
“Selaras dengan visi Memperkasakan Kesihatan dan Ekonomi Ummah, Eskayvie mensasarkan jualan sebanyak RM300 juta pada tahun 2022. Eskayvie sangat jelas dengan misi untuk membantu lebih 50,000 usahawan Eskayvie Nexus di seluruh Malaysia pada 2022 bagi mencapai matlamat kewangan yang lebih baik,” katanya.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran duta Eskayvie, Datuk Aznil Nawawi.
Pada majlis tersebut juga, diadakan penyampaian anugerah bagi menghargai usahawan Eskayvie Nexus di atas pencapaian cemerlang dan luar biasa mereka sepanjang 2021.
Lengkapkan Anak-Anak Dengan Perlindungan Yang Terbaik
Sebagai ibu bapa yang prihatin kepada perlindungan anak-anak, wajib kita sediakan perlindungan yang terbaik untuk anak-anak kita agar mereka terhindar daripada jangkitan kuman dan virus yang berbahaya.
Huda memang sarankan korang dapatkan Diffenz Junior ni sebagai perlindungan untuk anak-anak kerana kandungannya yang bagus untuk tingkatkan sistem imun badan.
Sama-sama kita putuskan rangkaian Covid-19 ni dan semoga negara kita bebas daripada Covid-19. Huda rindu nak bebas macam dulu kemana-mana tanpa perlu jaga SOP.
Untuk maklumat lanjut mengenai produk Diffenz Junior ini, korang layari laman sesawang www.eskayvie.com atau pautan media sosial dibawah.
WEBSITE: www.eskayvie.com
FB PAGE: Eskayvie Malaysia - https://www.facebook.com/eskayviemalaysia21official
INSTAGRAM: Eskayvie Malaysia - https://www.instagram.com/eskayviemalaysia/
1 Comments