Beli Hadiah Basikal Anak di Shopee Siap Pasang Dengan Harga Murah


Beli Hadiah Basikal Anak di Shopee Siap Pasang Dengan Harga Murah |
Tahun ini hadiah birthday adik hakim,  dia request nak basikal hijau. yup, adik hakim memang suka warna hijau, kalau boleh semua benda dia nak warna hijau. Konon nak beli di kedai jer sebab malas nak pasang sendiri basikal kalau beli di Shopee macam beli basikal abang Arif tahun lepas. Huda dan suami pergi la survey basikal kat kedai. Fuh, range harga dalam 300 hingga 500. Memang lebih dari budget kami. Maka survey kat Shopee jer lah. Syukur ada juga jual basikal siap pasang dengan harga yang jauh lebih murah. Syukur sangat-sangat! 

Beli Hadiah Basikal Anak di Shopee Siap Pasang Dengan Harga Murah







Murah kan? Lepas tolak coins, voucher dan free shipping coupon. Alhamdulillah.. 

Ni video masa unboxing bulan lepas. Sampai ni sehari sebelum birthday adik. Tapi bukak jer la sebab birthday boy tak sabar dah nak tengok hadiah dia yang baru sampai. 


Size basikal ni muat jer masuk dalam bonet kereta . So far dah dua kali bawa basikal ni pergi luar, 1st time masa birthday trip ke Duyong Marina Resort. adik ride basikal di pusing-pusing kawasan resort yang sangat luas. Dan lagi satu bawa masa pergi taman rekreasi dengan kazen dia hujung bulan lepas.