Staycation Mewah di Villa Hadap Laut Dengan Private Pool - Grand Lexis Port Dickson


Staycation Mewah di Villa Hadap Laut Dengan Private Pool - Grand Lexis Port Dickson |
Alhamdullilah…. syukur sangat bila dapat good news dari PM kita, dapat peluang merentas negeri boleh la bawa family pergi staycation. Dikala musim COVID ni, huda lebih prefer nak bawa anak-anak bersantai di private pool berbanding mandi pool yang sharing dengan orang lain. Dah lama tak bercuti , tak salah rasanya nak bawa anak-anak bercuti gaya mewah kan? Pilihan huda dan keluarga semestinya staycation mewah di villa yang menghadap laut lengkap dengan private pool di Grand Lexis Port Dickson.


Lokasi Strategik Grand Lexis Port Dickson




Bagi huda, lokasi sesebuah hotel amatlah penting. Di Port Dickson memang banyak kan pilihan hotel? Bab memilih yang terbaik banyak aspek huda akan kaji dahulu sebelum membuat tempahan. Huda lebih prefer di kawasan yang kurang kesesakan , parking mudah dan tidak terlalu jauh dengan lokal attractions.




Grand Lexis Port Dickson terletak bersebelahan dengan Lexis Port Dickson



Harga Berbaloi Grand Lexis Port Dickson


Semua orang impikan percutian mewah , huda dan keluarga juga sama. Dengan budget yang affordable , berbaloi dengan kemudahan yang tersedia huda tidak kisah untuk membayar asalkan ianya setara dengan pengalaman yang bakal di lakar di sini.




Biasa korang tempah hotel kat mana? Huda memang sejak dulu lagi memang setia buat tempahan hotel secara atas talian di Traveloka sebab selalu dapat harga murah berbanding tempat lain.




Berbaloi kan harga hotel Grand Lexis Port Dickson melalui apps Traveloka, harga termasuk breakfast dan paling bagus ada option Free cancellation. Sebab musim pandemik yang masih belum reda ni , tak tahu macamana keadaan akan datang dan tahap kesihatan.

Kemudahan di Grand Lexis Port Dickson




Actually, huda ada sebab pilih Grand Lexis Port Dickson ni sebagai lokasi staycation family lepas dapat kelonggran rentas negeri ni. Antaranya huda sangat tertarik dengan pelbagai kemudahan tersedia di sini seperti :-



1) Kemudahan di dalam bilik dengan dekorasi ala-ala Bali

Disini terdapat 317 vila dan suite berinspirasi Bali yang menawarkan pilihan water homes, garden chalets or sky pool villas. Huda paling suka sky pool villa sebab huda suka tengok air laut dari tempat tinggi, lagi best viewnya.





2) Outdoor Facilities yang memang menarik!

Lepas puas berendam dalam private pool dalam bilik hotel, seronok juga dapat keluar dari bilik dan berpeluang buat pelbagai aktiviti oitdoor yang menarik di sini. Antaranya yang huda dan keluarga berminat nak main adalah banana boat, fishing , kemudian bagi peluang anak-anak ‘drive’ sendiri dengan main mini cars dan juga Crazy Cart. Konfem percutian di sini best sangat, sebab semua boleh enjoy to the fullest. Buat semua benda yang kami inginkan di sini. Tak perlu pergi tempat lain lagi, semuanya ada di Grand Lexis Port Dickson.




Rasanya kalau stay sini 1 malam macam tak cukup jer kan? If stay dua malam dapat lah banyak masa nak main basikal pusing-pusing Grand Lexis waktu pagi kemudian tempah lawatan peribadi ke Pulau Burung, sebuah pulau kecil yang dihubungkan dengan Pantai Cahaya Negeri yang indah dengan jambatan sepanjang 182m. Pada waktu petang boleh buat lagi aktiviti water sport macam naik Jet Ski dan bandwagon ride. Fuh, seronoknya kalau dapat buat semua ni kan? Memang cool lah staycation di Grand Lexis Port Dickson ni.




So apa kata korang join staycation kami di Grand Lexis Port Dickson dan alami sendiri keseronakan dan cipta memori indah di sini. InshaAllah, kita sama-sama jaga SOP dan semoga Allah lindungi keluarga kita sentiasa.



Post a Comment

10 Comments

umminani said…
owh tgk ni baru tau ada beza grand lexis ni .. nak try nanti kena tunggu bajet cukup, sekolah pun dah nak mula ni. dekat sangat nak p.
Nadia Johari said…
Ni memng masuk wishlist ni..geram tengok
Fiza Aizzawa said…
dah pernah stay sini yg garden pool villa.. mmg best.. ada rezeki mmg nak pergi lagi..
Marina Bashah said…
Ramai kata best. Ada rezeki nak merasa jugak nanti
ramai kata best sini tp yelah kena tengok bajet jugak..hehe. kalau nk prcutian mewah boleh la try stay sini
仙妮 said…
Reading your story making I miss my staycation in this hotel last 2 years, it was a memorable comfy stay. Cheers Siennylovesdrawing
Sunshine Kelly said…
I stayed at Grand Lexis Port Dickson before and the sea view from the room memang cantik
halimah muhiden said…
Memang best stay kat grand Lexis naknya ada private pool mmg enjoy btl
Alia Farhan said…
Cantik kan. Berkenan betul dengan lexis pd ni. Bila la nak dpt ke sana
Sharizal said…
Nak tanya.cik baru bercuti ke situ ke.da boleh masuk ramai x.ari tu masa pkp bole masuk ikut muatan pengunjung je..ingat nak bawak 2 family tido sini