Pengalaman The Arifs Cucuk Vaksin Influenza di Klinik Keluarga Ilyana , Kuala Terengganu | Alhamdulillah, syukur .. salah satu check list huda bulan ni nak bawa The Arifs cucuk vaksin sudah pun terlaksana. InshaAllah, tak lama lagi kan dah boleh rentas negeri. Nak bawa anak-anak balik kampung. Perjalanan jauh kami dari timur ke selatan yang memakan masa hampir berjam-jam. Pasti singgah sana sini. Maka keselamatan anak-anak prioriti utama sebelum berjalan rentas negeri. Usaha dengan perlindungan vaksinasi Influenza yang di sarankan oleh pakar di mana ia mampu mengurangkan simptom teruk akibat COVID-19. Nauzubillah, semoga Allah lindungi kami sekeluarga dan di jauhi dari virus durjana.
KAJIAN - Flu / Influenza Vaccine Lessen COVID 19 Symptom in Children
Researchers from the University of Missouri School of Medicine have discovered that children who receive a seasonal flu shot are less likely to suffer symptoms from a COVID-19 infection. The finding comes from a review of more than 900 children diagnosed with COVID-19 in 2020.Boleh baca artikel tentang kajian ini di sini
Mengapa vaksin influenza penting untuk kanak-kanak?
Selesema pada kanak-kanak sukar dibezakan kerana gejalanya serupa dengan jangkitan yang disebabkan oleh virus lain. Mendapatkan vaksin untuk anak anda akan memudahkan doktor untuk menyaring kemungkinan anak anda menghidap selesema. Oleh itu, memberikan diagnostik yang lebih baik dan rawatan yang tepat untuk anak anda.
Bagaimana influenza merebak?
Influenza menjangkiti hidung, tekak dan paru-paru. Apabila orang yang dijangkiti bersin, batuk atau bercakap, titisan dengan virus berpotensi masuk ke mulut atau hidung orang yang berada di sekitarnya. Virus influenza boleh hidup selama beberapa jam di permukaan. Ia boleh terdiam di atas meja, alat makan dan kenop pintu, menunggu untuk menjangkiti orang lain. Kemungkinan dijangkiti dengan menyentuh objek dengan virus dan kemudian menyentuh mata, mulut atau hidung mereka sendiri.
Lebih kurang sama jer kan mekanisme jangkitan flu atau influenza dengan COVID ni.
Kita dah takde pilihan, kena hidup dengan norma baru dan vaksinasi menjadi satu kemestian untuk keselamatan diri dan keluarga. Yang pasti kita mulakan dengan nama Allah , dan denganNya kita bertawakal , semoga usaha vaksinasi ini memberi perlindungan terbaik dengan izin Allah...
Pengalaman The Arifs Cucuk Vaksin Influenza di Klinik Keluarga Ilyana , Kuala Terengganu
Okay, lepas huda survey-survey harga kos vaksin influenza di Kuala Terengganu di beberapa klinik
- Klinik Keluarga Ilyana : RM 78
- Klinik Hijra - RM 75
- Kuala Terengganu Specialist Hospital - RM 89
- Klinik Hijra - RM 75
- Kuala Terengganu Specialist Hospital - RM 89
Kenapa pilih Klinik Keluarga Ilyana?
Sebab staff yang friendly dan responsif dengan soalan-soalan huda. So huda teruskan booking minggu lepas dan decide pergi bawa anak-anak pergi inject hari ahad 3 Oktober 2021.
Alhamdulillah seawal klinik buka pukul 9 pagi, huda bawa The Arifs ke klinik. Konsultasi dengan doktor dan terus inject. Si abang Arif Haikal inject dahulu. Alhamdulillah, cepat jer inject dan Arif sangat berani. Tak takut langsung. Memang huda dapat menghela nafas lega settle dah sorang.
Lepas inject. Snap sikit gambar abang arif diri tepi sticker ukur tinggi ni. Tinggi dah anak mama.. beza 17 cam jer dengan mama.. pasni mama akan jadi pendek lah anak mama makin meninggi..
Sampai turn adik, dia buat drama tak nak inject. Menangis-nangis. Doktor pujuk tak jalan, mama pujuk tak jalan. Mama give up dan terus keluar bilik doktor. Tak lama lepas tu nurse panggil untuk jelaskan payment vaskin untuk si Abang. Time ni dah fikir, if adik masih buat perangai mengada tak nak cucuk , memang ajak balik rumah jer. Sorry lah, huda memang jenis kurang sabar dan tak suka pujuk anak mengada-ada. Sebab tu Allah tak bagi anak perempuan, Allah tahu huda memang tak gemar nak melayan budak-budak ni. Huhu.. Lagi la bila dah lama takde baby, memang malas nak melayan karenah..
Papa masih tabah melayan karenah anak bongsu yang manja terlebih. Pujuk dia tengok youtube dan dia setuju nak vaksin. Walau dia menangis cam apa ntah.
Alhamdullilah selesai..... Sekali lagi kena buat payment untuk si adik pulak.
Lepas settle payment dapat ni. Nurse suruh simpan dalam buku rekod anak. Mana entah bukunya mama letak. Sejak pindah rumah last year tak ingat letak kat mana..aduhai..
Ada side effect ke lepas vaksin?
Syukur, The Arifs lepas 24 jam, diorang tiada sebarang side effect pape. normal jer. Sakit di tempat inject pun cam takde jer., nampak diorang rileks jer main-main dua beradik ni.
Alhamdulillah, sama-sama lah menanti pengumuman untuk rentas negeri, kita rentas balik ke kampung tunaikan tanggungjawab ziarah mak abah di kampung. Ini yang utama, lepas tu baru nak berangan holiday pulak..
0 Comments