Advertisement

Gubahan Hantaran Dengan Kotak Lutsinar dan Bunga Segar.


Gubahan Hantaran Dengan Kotak Lutsinar dan Bunga Segar. | 
Alhamdulillah, Malaysia tercinta kembali pulih, maka majlis tertangguh seperti majlis pertunangan dan pernikahan semakin rancak di adakan sana sini. Keluarga huda pun tidak terkecuali. Pada 10 Oktober lepas, adik ipar huda bertunang. Few weeks sebelum majlis pertunangan , adik minta tolong huda gubah hantaran menggunakan bunga segar. 


Huda beli bunga segar di Natural Floral House yang terletak di Jalan Sultan Sulaiman. Seminggu sebelum huda dah survey dan booking untuk beli bunga daisy warna Champagne. Kotak lutsinar pula adik ipar beli Shopee. 




Beli di sini >> https://shp.ee/iwcqezt <<  

Dengan seller yang sama boleh beli juga kotak kek. 


Buat hantaran bunga segar ni sebaiknya buat 2 hari sebelum majlis. Untuk hantaran lain, macam coklat, telekung , dan lain-lain memang huda buat dah 2 hari sebelum. InshaAllah guna span basah bunga memang kesegaran bertahan. Cuma untuk kek ni, huda buat pagi sebelum majlis. Majlis pukul 11, huda cucuk bunga di kek dalam pukul 9 pagi. Dah la tak pernah buat kan, cuba jer lah ikut instict nak cucuk bunga kat mana..hehe.. 


\
hasilnya.. Okay lah lah, 1st timer. hehe.. 


Alhamdulillah, lega bila tengok hantaran pihak lelaki macam lagi menyerlah jer dari pihak perempuan. hehe.. Ada orang puji tu kira okay lah kan?

Rasa sekali jer kot ni buat gubahan. Harap kahwin nanti adik ipar tempah jer lah. 



Post a Comment

0 Comments