Google Search Performance Bulan September Blog CeritaHuda Dot Com


Google Search Performance Bulan September Blog CeritaHuda Dot Com |
  Alhamdulillah, seronok bila pencapaian semakin meningkat berbanding bulan lepas.  Dalam dunia blogging keseronokan bila hasil tulisan, tidak kisah lah untuk tujuan review atau perkongsian ikhlas dari hati dapat memberi manfaat kepada pembaca. 

Huda walau ada kelulusan di menara gading namun memilih menjadi suri rumah sepenuh masa dan juga blogging sebagai salah satu sumber mata pencarian pastinya huda sangat mengharap penulisan huda di alam siber ni memberi manfaat. Tak mampu nak beri manfaat dengan jadi wanita bekerjaya seperti kawan-kawan yang lain, dapat beri manfaat melalui blogging pun huda dah sangat-sangat bersyukur. 

Sabda Rasulullah saw (Hadis Riwayat at-Thabrani,) yang maksudnya:

"Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain."

Google Search Performance Bulan September Blog CeritaHuda Dot Com 











Syukur bila artikel paid job dari client dapat tersenarai TOP 5 di Google Search. Baru la client rasa berbaloi bayar huda untuk menulis review . Semoga sampai pada prospek dan berjaya convert to sale. 

So kalau korang perlukan khidmat review dan sudi berkolaborasi dengan CeritaHuda.Com boleh emailkan ke n.hudahalid@gmail.com. InshaAllah huda akan usahakan yang terbaik! 




Post a Comment

0 Comments