Birthday Staycation di Duyong Marina Resort Kuala Terengganu


Birthday Staycation di Duyong Marina Resort Kuala Terengganu  |
Pada 10 Oktober yang lepas keluarga kami sambut birthday Arif Hakim yang ke tujuh tahun. Seperti biasa huda memang plan birthday staycation untuk anak-anak. Saja nak create memories indah untuk mereka. Sebab masih belum boleh merentas negeri lagi pada 10.10 yang lepas, huda tempah hotel di Kuala Terengganu sahaja. Birthday staycation kali ni huda pilih Duyong Marina Resort sebab tak pernah lagi check in sini, so dapat beri pengalaman baru untuk kami sekeluarga.
Welcome Drink di Lobi hotel


Huda tempah 2 minggu awal dari tarikh 10,10. Hotel ni memamg selalu penuh. Alhamdulilah rezeki dapat juga check in pada tarikh hari jadi adik Arif Hakim 10.10 . Huda memang rahsiakan plan nak check in hotel ni dari anak-anak. Saja buat suprise. Diorang dah biasa bila masuk hotel, mama buat kerja. Blogger kan.. ada masa food review. Pergi hotel just shoot gambar makanan jer la. Huda guna alasan mama ada kerja. Minta diorang tunggu di luar bilik ada meja. Biar diorang main game. Huda dan suami gigih tiup belon dalam bilik. Buat simple2 jer suprise birthday adik kali ni.




Lepas dah habis tiup belon baru ajak anak-anak masuk bilik. Tersipu-sipu adik senyum. Untunglah anak-anak ada suprise gini kan. Dulu time huda kecik mimpilah nak celebrate camni. Huda ada anak dua jer, boleh la nak melayan setiap tahun dengan suprise...




Kemudahan dalam biliik hotel bertaraf 5 bintang, macam biasa ada bath tub, toilteries lengkap , tilam dan katil yang gebu . Ada balcony juga. Petang lepas check in rehatkan badan sebab pagi tu huda memang sibuk siapkan hantaran adik ipar tunang . So memang penat sikit lah. Tidur sekejap , anak-anak pula layan kartun di channel Cartoon Network. Lepas solat asar kami sekeluarga terjun pool. Serius dah lama sangat tak mandi pool. Bukan main happy lagi anak-anak. Alhamdulillah..




Dinner kami ke Byte Cafe di dalam kawasan hotel ni. Tapi sebab macam jauh jer nak berjalan kaki , kena juga naik kereta ke Byte Cafe. 




Lepas dinner just duduk bilik rehat-rehat jer. Suami dan huda tak rehat mana pun, biasalah kerja tak pernah habis. Stay up buat kerja sampai tengah malam . 




Keesokan pagi , seperti biasa rutin kami morning exercise. Kebetulan dalam hadiah birthday adik Hakim , basikal hijau dia ada jer dalam bonet kereta. So pagi tu bagi dia bawa pusing-pusing di kawasan resort. Lepas main basikal diorang main kat playground.


 

Puas bermain baru pergi breakfast di Verandah. Nak breakfast pun agak jauh juga dari bilik, boleh pilih nak naik kereta sendiri , jalan kaki atau tggu buggy sampai. Papa ajak pergi naik kereta jer, cuma balik tu huda dan anak-anak tunggu buggy. Suami jer balik sorang-sorang naik kereta. 







Next aktiviti anak-anak masuk kolam. Suami kerja dari dalam bilik hotel, huda temankan The Arifs main air sampai diorang puas. Lupa pulak nak sapukan sunscreen kat diorang habis masing-masing gelap dah kulitnya.



Alhamdulillah, so far puas hati stay sini, berbaloi juga dengan apa yang di bayar. InshaAllah ada rezeki boleh repeat stay sini lagi... 




Post a Comment

0 Comments