Travelog Redang - Day 3

Travelog Redang - Day 3 | Bila bercuti terasa cepat sungguh masa berlalu. Bila masuk hari ke tiga iaitu hari terakhir di Pulau Redang, rasa macam susah yer nak balik. Anak-anak dah demand nak stay lagi extend tambah sehari dua lagi. Hihi, syok jer kan budak2 ni request, diorang bukan tahu apa. Mama papa yang kena fikir kos itu ini.. Tu la seronok jadi budak-budak ni.. So last day, jom kita enjoy habis-habisan. Lepas ni entah bila dapat jejak lagi sini kan...



Travelog Redang - Day 3


Tengok Sunrise di Pulau Redang




Breakfast

Lepas puas tengok sunrise, kami pergi makan breakfast. Kali ni angkut makanan, makan di atas pondok hadap laut.

Antara menu yang ada - Nasi Goreng , Bihun Goreng dan Roti Kaya


Pukul 8 terjun laut lagi untuk snorkelling sebelum Check out.



Ada juga lah ikan warna warni kat sini, namun tak secantik di Open Sea. Trip snorkelling kali ni macam tak puas sangat, dulu kat Pulau Perhentian rasa macam best giler. Serius anak-anak pun memang ajak repeat lagi. InshaAllah, soon….

Masa untuk pulangkan life jacket yang di sewa dan bersiap-siap kemas beg untuk urusan check out. Sempat lagi minta tolong jiran Chalet sebelah snap gambar kami.



Kami saja lewat-lewat check out, bagi orang lain dulu naik wagon dari Redang Lagoon ke jeti sebab proses tu pun dah take time. Kami jadi orang last yang bergerak dari Redang Lagoon ke jeti. Sampai jeti terus naik boat. Sebab jadi orang last, duduk di belakang, panas sungguh. Mujur ada summer hat , pegang kuat-kuat supaya tak diterbangkan angin.

Sian adik dan papa kepanasan, pakai hat tak nak... 

Tak best bila duduk di bahagian enjin. 45 minit dengar bunyi enjin sebelah telinga… Trip balik, ombak kat kuat, takde boat melantun meredah ombak macam masa mula-mula datang sebelum ni.



Sampai ke Jeti , adik hakim kehausan , beli air RM 3 segelas di jeti. Kemudian terus balik…



Habis sudah percutian di Pulau Redang 2021. Memang tak puas, dan pasti akan repeat lagi…


Baca Juga :- 
Redang Day 1 
Redang Day 2 

Post a Comment

0 Comments