Travelog Redang Day 2 - Snorkeling Day!


Travelog Redang Day 2 - Snorkeling Day| Alhamdulillah, dapat juga snorkeling untuk trip ke Pulau Redang kali ni sebab snorkeling tidak termasuk dalam pakej 3D 2N di Redang Lagoon. Katanya sebab SOP , nak pergi kena sewa chartered boat dengan harga RM 400. Huhu, mula-mula rasa nak jer bayar RM400 tu, sebab impian nak tengok penyu kat sini. Tapi teringat huda ada mesej2 dengan sorang owner boat ni, time huda survey2 boat konon-konon nak check in Taaras last month. Terus tanya dia, boleh ke amik huda di Redang Lagoon untuk snorkeling. Sebab harga dia murah sikit compare caj boat di Redang Lagoon. Alhamdulillah dengan harga lebih murah dapat jua pergi snorkeling kat open sea! Yeay!!

Travelog Redang Day 2 - Snorkeling Day!

Huda booking pakej snorkeling dengan syarikat vigourmarine korang boleh hubung nombor ini untuk tempahan +60 11-3525 0373

Jom ikut huda ke 5 check point snorkeling trip di Pulau Redang. 

Check Point 1 – Tengok Penyu di Teluk Dalam










Pengalaman yang tak dapat dilupakan bila wishlist nak tengok Penyu berenang depan mata tercapai. Lokasi untuk tengok penyu ni betul-betul berhadapan Taaras.


Check Point 2 – Lepak tepi pantai di Teluk Dalam




Lepas puas tengok penyu, boat pergi ke persisiran pantai di Teluk Dalam. Ada gerai jual makanan, tapi kami langsung tak singgah. Sebab dah dapat lunch pack dari Vigour Marine. Makan nasi budget di atas batu sambil layan view yang SubhanaAllah, tersangat cantik. Lepak sini dalam sejam dua jugak.





 

Check Point 3 – Teluk Mat Dollah , Open Sea Snorkeling



Turun boat dan snorkelling , seronok tengok ikan warna warni. Tapi huda tak snap gambar, sebab tak de Go Pro, phone pula tak berani nak bawa time open sea, sebab pernah phone masuk air walau dah pakai casing waterproof.

Check Point 4 – Gua Bewah


 



Teringin nak masuk dalam Gua tu, namun sebab cuaca dan ombak kuat, Boatmen tak galakkan pergi. Nanti susah nak balik kena lawan arus. Just tengok dari atas boat jer. 

Check Point 5 – Tengok Nemo di Teluk Kalung



 

Paling syok snorkelling kat sini sebab Nampak nemo! Happy sangat-sangat The Arifs bila dapat tengok Dory dan Nemo berenang-berenang di coral reef, rumah diorang. Cute jer ikan nemo ni.. Alhamdullillah, The Arifs sangat hebat snorkelling di Open Sea.

Check Point 6 – Bergambar di Pasir Bujang



 

Dari Teluk Kalung terus ke Pasir Bujang, port OOTD yang cun di Pulau Redang. Memang tersangat cantik kat sini.






Balik chalet rehat dan solat. Lepas asar , enjoy menu minum petang sambil tengok view laut. Kemudian sewa life jacket di Redang Lagoon dengan kos RM 10 per life jacket. Snorkeling di kawasan depan resort dari pukul 5.30 sampailah 6.40 petang. Layan view sunset sambil main air laut. ..





Dinner Day 2 di Redang Lagoon
Makan ikan fresh dan sambal sotong yang sedap sangat. Dah la lembut jer sotong yer.. So far makan kat sini semua sedap. Alhamdulilah. 



Santai layan bayu laut di waktu malam di sekitar Redang Lagoon


Good Night Redang... Sedih...esok dah nak balik dah! 








Post a Comment

2 Comments

Mustaqim said…
Salam sis. Boleh sy nak nombornowner boat yang sis ambil untuk pergi 5 check point tu.