Sushi Date Sempena Sushi King Bonanza | Alhamdulillah, rezeki sungguh! Actually huda dapat tahu ada Sushi King Bonanza malam sebelum nak pergi KWSP paginya. Wah perfect timing. Date sama bonanza bermula. Terus ajak enciik suami, jom la kita Sushi Date lepas settle urusan di KWSP.
Suka sangat sushi Bonanza. Jimat banyak!
Antara pilihan Sushi Bonanza kali ni..
Tapi kami sama-sama tengah diet, makan pun tak banyak cam dulu. mungkin mind setting dah tak boleh nak masuk banyak-banyak food cam dulu. Kami sharing makan berdua hanya 7 plates jer.
Tengok tu, selfie pas makan. 7 plates jer. Kalau bawa The Arifs ni mau yer 2 kali ke 3 kali ganda ni.. hehe..
Kami pilih yang agak-agak macam sedap , yang tak pernah cuba dan huda amik juga yang huda teringin nak makan.
Smoked Duck. Serius sedap! Teringin plak nak makan lagi ni...
Air Favourite selain dari Green Tea..

Tak lengkap kalau tak makan halia muda jeruk kat sini. Mula-mula tak tahu pun pasal halia ni, akak ipar yang ajar makan...hehe..

Excited giler time Salmon Skin ni sampai. Antara Favourite.
Semua plate ni, kami sharing half-half. Time bayar, alahai tak lepas syarat minimum nak main wheel kat apps sushiking , nak menang phone baru...hehe... Punyalah sikit kitorang makan..
Teringat pulak, time kami nak saving duit kahwin, setiap kali dating dulu beli food satu pinggan dan kongsi. Sebab tu boleh kurus kot sebelum nikah sedekad yang lalu. Balik kerja makan apa yang ada jer. Sweet plak bila ingat balik.. hehe.
Actually rasa bersalah gak tak bawa The Arifs berbonanza di Sushi King. Favourite diorang ni. InshaAllah next time huda bawa anak-anak makan sini. Maybe time birthday adik hakim bulan depan.
0 Comments