Resepi Jemput Jemput Cempedak


RESEPI JEMPUT-JEMPUT CEMPEDAK
| Alhamdulillah murah rezeki kami di awal bulan September ni. Macam2 orang hantar makanan berkongsi rezeki dengan kami. Antaranya adalah buah cempedak. Fuh, semerbak bau cempedak ni. Sampai jer kat rumah , tak boleh tahan, malam tu jugak huda goreng cempedak. So kali ni buat jemput-jemput pulak lah. Search google ada macam-macam versi resepi. akhirnya buat ikut suka sendiri. hehe

RESEPI JEMPUT-JEMPUT CEMPEDAK


Mula-mula, asingkan cempedak dari bijinya.Banyak mana ikut selera korang yer.



Satu kan , 1/2 sudu teh yis, 2 cawan tepung, 1/2 cawan gula dengan 1 cawan air suam. adun rata



Kemudian masukkan jer cempedak  . isinya sahaja jer. Ada orang suka blend isi ni, tapi huda suka besar. so just lenyekkan sahaja isi cempedak dalam adunan tadi. Lepas tu biarkan dalam 15 minit supaya yis aktif dan tepung naik. Lepas tu goreng dalam minyak panas. 


Tada.... sedap sungguh bila ngap tu , ada isi cempedak dalam jemput-jemput ni. Okay sekian sharing resipi sedap hari ni. Jumpa lagi next resipi... 








Post a Comment

0 Comments