Rekod Google Search Performance Ceritahuda.Com Bulan Ogos 2021


Rekod Google Search Performance Ceritahuda.Com Bulan Ogos 2021  |
Alhamdulillah, blog huda masih relevan, masih ada view, masih ada yang sudi nak collaborate , dan masih boleh buat duit melalui blog. Hari tu huda pergi bank ada urusan, staff bank tanya, kerja apa. Cakap blogger dan juga Thermomix Advisor. Lepas tu dia kata eh, blog ada lagi ek? masih releven ke? sekarang kan ramai orang tengok social media jer. Sian dia, dia yang tak tahu dan tak rajin membaca. hee... 



Rekod Google Search Performance Ceritahuda.Com Bulan Ogos 2021


Jom la tengok, pencapaian blog ceritahuda.com yang tak seberapa ni. Tapi huda syukur jer, awal blogging just for fun, digital diary. dan sekarang montly boleh generate 4 angka dari paid review. Syukur sangat-sangat. 




Selain income dari paid review, huda juga generate melalui iklan Google Adsense. Cuma tu la, earning adalah sikit-sikit. Pernah cash out sekali jer..hehe. Takpe tahun depan penuh tabung adsense ni. Ada sikit lagi nak bagi penuh.. 




Pencetus "Rajin" Tulis Blog Setiap Hari 


Actually, huda ni bukan yer nak rajin menaip setiap hari di blog. Namun sejak bulan lepas huda jadi rajin. Sebab huda dapat job letak back link jer pun. Tapi payment punyalah masyuk. Terus rasa berkobar-kobar weh. Yer la back link entry tahun-tahun lepas yang sudah di index di Google dan ramai orang view. Payment banyak kerja senang. Jadi huda rasa kena rajin tulis. mana tahu articles tahun ni akan sangat bernilai di masa akan datang. Maka teruskan usaha. Rezeki kan rahsia Allah... yang penting teruskan usaha. Okay, nak fokus buat content bank untuk blog tersayang yang banyak sangat menjadi asbab huda nikmati macam-macam offer best macam travel dan produk review. 

I Love My Blog

















Post a Comment

0 Comments