Rahsia Nak Isteri Bahagia, Suami Kena Sihat Dulu! Mujur Ada SuamiSihat.Com.My Lengkap Info Dan Panduan Untuk Suami.


Rahsia Nak Isteri Bahagia, Suami Kena Sihat Dulu! Mujur Ada SuamiSihat.Com. My Lengkap Info Dan Panduan Untuk Suami |  Sedekad melayari rumah tangga, memang tidak dinafikan isu kesihatan adalah keutaamaan huda dan keluarga. Kesihatan suami adalah tanggungjawab isteri dan si suami juga kena peka dengan kesihatan diri sendiri. Pada zaman sekarang, penjagaan kesihatan dalaman dan luaran sangat penting agar sistem pertahanan tubuh badan sang suami “kebal” dari ancaman jangkitan virus yang menular. Sekarang semua benda sekarang online jer, kerja pun duduk jer hadap laptop seharian, so sangat penting pergerakan fizikal untuk kesihatan tubuh badan.



Penting ke kesihatan suami untuk kebahagiaan isteri dan keluarga?


Nikmat sihat ni paling mahal dan paling penting. Dengan tubuh badan yang sihat, sang suami dapat melaksanakan tanggungjawab mencari rezeki dan menyempurnakan nafkah zahir dan batin.

Bila nafkah dipenuhi, tangki emosi sang isteri pun sentiasa penuh dengan cinta dan kasih sayang, automatik rumah tangga bahagia dari bangun pagi sampai lah menutup mata setiap hari.

Dari Abdullah Ibn Amru,  Nabi SAW telah bersabda:

إن لربك عليك حقا، وإن لبدنك عليك حقا، وإن لأهلك عليك حقا، وإن لزورك عليك حقا، فأعط كل ذي حق حق

Maksudnya : “Sesungguhnya untuk Tuhan kamu terdapatnya hak, dan untuk badan kamu terdapatnya hak, dan untuk keluarga kamu terdapatnya hak, dan untuk isteri kamu terdapatnya hak dan berikanlah setiap yang hak itu haknya.

( Riwayat al-Bukhari no 6139 )

Berdasarkan kepada hadis diatas jelas menunjukkan bahawa pihak suami wajib menunaikan nafkah zahir mahupun batin keatas tanggungannya semampu mungkin. Berdosa besar kepada sesiapa yang yang tidak menunaikan hak-hak yang telah diamanahkan kepada mereka seperti si suami yang tidak menunaikan nafkah batin terhadap isterinya.

Rujukan :  Mufti Wilayah Persekutuan 


Kesihatan Seksual Suami Bukan Lagi Topik Sensitif Dalam Alam Rumah Tangga




Bila seorang lelaki dah upgrade diri jadi suami, bab kesihatan seksual kena amik tahu. Takde dah nak malu-malu nak tambah ilmu.

Bila cerita tentang kesihatan lelaki dan menyentuh aspek kesihatan seksual, bukannya fokus pada ubat-ubatan pelik-pelik macam tahan lama, besar panjang , ianya lebih dari tu. Ianya 'penjagaan kesihatan' meliputi kesihatan mental dan juga fizikal.

Ianya termasuk tentang gaya hidup sang suami seperti tabiat merokok dan pengambilan kopi 
Untuk lelaki yang bakal berkhawin atau sudah berkahwin, usahakan pelbagai cara berhenti merokok

Kajian menunjukkan lelaki yang merokok akan menghasilkan sperma yang kurang berkualiti. Antara kesan-kesannya adalah:

  • Bilangan sperma : Penurunan sebanyak 23% dalam kiraan sperma lelaki yang merokok.
  • Pergerakan Sperma : Penurunan sebanyak 13% terhadap pergerakan sperma lelaki yang merokok.
  • Morfologi Sperma : Lelaki yang merokok akan menghasilkan sperma yang tidak normal.

Rujukan : Portal MyHealth 

Statistik Kesuburan Lelaki di Malaysia Merosot, Betul ke?



Ish, betul ke ramai lelaki semakin mengalami masalah kesuburan ?

Ketua Unit Subfertiliti Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Dr T Komathy berkata, ia berdasarkan data LPPKN dalam tempoh 10 tahun iaitu dari 2010 hingga 2019.

"Keabnormalan penghasilan dan fungsi sperma itu mungkin disebabkan oleh masalah atau kecederaan pada testis, masalah kesihatan seperti kencing manis, masalah genetik, berlaku jangkitan seperti mums (radang kelenjar liur parotid) atau pernah menjalani pembedahan pada testis.”

Sumber : Laporan Khas Masalah Kesuburan Lelaki. 



Semakin meningkat usia , kesuburan suami juga semakin menurun kerana masalah obesiti dan pelbagai penyakit akibat gaya hidup yang kurang aktif dan tidak cakna pada kesihatan diri.

SuamiSihat.Com.My - Portal Terbaik Untuk Rujukan Tentang Kesihatan Lelaki


Sekarang semua info di hujung jari. Lagi mudah bila semua info di kumpulkan dalam satu website iaitu SuamiSihat.Com.My . Isi kandungan dalam web ini merupakan platform mendidik dan memberikan kesedaran kepada suami dan juga bakal suami yang prihatin.


Jom Join ‘Komuniti SuamiSihat di Telegram




Anda boleh join group Telegram mereka, ‘Komuniti SuamiSihat’ untuk sana-sama berbincang dan berkongsi tentang isu kesihatan lelaki ni secara direct & professional.

Giveaway Percuma Ebook Suami Maulana


Sempena Bulan Kemerdekaan & Hari Malaysia ni, SuamiSihat ada buat giveaway percuma Ebook Suami Maulana. Step by step perbaiki Komunikasi dalam Rumahtangga. Sangat best ni untuk korang grab , nanti boleh manfaatkan ilmu dalam perbaiki hubungan suami isteri.



Untuk maklumat lanjut boleh klik link ini >> https://suamisihat.com.my/suami-maulana/