Pengalaman Bercuti di Redang Lagoon - Day 1 | Alhamdulillah, wishlist tahun ni tercapai jua akhirnya. Seronok tak terkata bila kaki ni pertama kali memijak pasir putih di Pulau Redang. Pulau Redang ni pulau paling dekat dengan rumah Huda, tapi pelik kenapa pulau ni paling lambat huda terjah. Pulau Perhentian yang jauh kena travel ke Besut tu huda dah jejak pada tahun 2018 , dan pulau Kapas pula hampir setiap tahun huda pergi.
Pengalaman Bercuti di Redang Lagoon - Day 1
Huda menginap di Redang Lagoon selama 3 hari 2 malam. Jadi huda nak share pengalaman kami bercuti di sini kepada Day 1, Day 2 dan Day 3
Pakej 3 Hari 2 Malam Redang Lagoon , termasuk kos bot pergi balik dan makan selama 3 hari 2 malam untuk dewasa RM 290 dan kanak-kanak RM 145. So total untuk kami 4 orang anak-beranak dengan tempahan bilik Quad adalah RM 870.
DAY 1
Hari di nanti telah tiba. Tepat pukul 7.30 am kami bergerak dari rumah. Singgah sekejap beli kuih muih untuk sarapan. Sampai di Jeti Merang setelah 25 minit perjalanan.
Sampai di Jeti , terus cari orang boat yang in charge bawa kami ke Redang.
Keluarkan barang dulu di Jeti, kemudian suami pergi parking kereta. Kos parking kereta 3 hari 2 malam, RM 15 untuk kawasan tiada atap dan jika ada atap 2 kali ganda kosnya.
Tapak kawasan parking di Merang Jetty.
Alhamdullillah, dalam pukul 8.20 kami naik speed boat menuju ke Pulau Redang yang memakan masa selama 45 minit sahaja.
Wajah keriangan naik boat setelah sekian lama tak holiday...
Sampai di Jeti di hadapan resort Laguna Redang. Kena tunggu turn untuk naik wagon menuju ke Redang Lagoon.
Jetty di hadapan Laguna Redang
Ini lah dia wagon yang kami kena naik, dalam 10 minit jugak lah kena naik ni menuju ke Redang Lagoon. Pengalaman yang unik untuk kami.
Family Wefie di atas wagon.
Laluan menuju ke Redang Lagoon . Jalan teruk berbatu, boleh tahan juga sakit punggung duduk bertenggek jer kat wagon ni..
Alhamdulillah proses check in pun mudah dan cepat. Settle bayar balance terus dapat kunci. Huda booking bilik quad. Masuk bilik ada 2 ruang tidur. Alhamdulilah ruang rehat yang selesa untuk kami berempat anak beranak. Tiada almari hanya ada rak untuk simpan barang. Bilik air bersih dan tiada toiletries di sediakan. Mujur huda dah bawa semua barang.
Kami check in dalam pukul 10.30 am. Pagi tu tak jejak pantai, rasa nak rehat-rehat jer kat bilik, time lunch baru kami keluar bilik dalam pukul 12 tengahari. Seronok cuti masak 3 hari. Hehe…
Rezeki kami dapat bilik sangat dekat dengan restoren. Hanya beberapa langkah jer dah sampai. Menu lunch yang tersedia adalah nasi minyak. Lengkap dengan ayam goreng dan juga gulai daging. Boleh tahan juga sedapnya.
Lepas lunch lepak sekejap di pondok2 yang menghadap pantai. Tersangat cantik view Pulau Redang dari Redang Lagoon ni. Syukur sangat dapat jejak sini.
Sempat lah OOTD sikit dan snap our first family potrait di Pulau Redang.
Then balik bilik rehat-rehat jer. Lepas solat asar baru pergi snorkeling depan resort. Try test snorkeling set baru yang huda beli di Shopee.
Alhamdulillah, adik hakim walau ni first time dia snorkeling sendiri, dia pandai nak buat. Good job anak mama..Thanks papa juga coach terbaik anak-anak.
Papa & Hakim bonding time..
Menu Dinner kami, nasi ayam yang sedap. Kitorang siap tambah 2 mangkuk sup kaki ayam tu, sebab anak-anak suka dan masing-masing kelaparan agaknya penat snorkeling petang tadi.
Luas dan bersih restoren ni, nak makan pun selesa. InshaAllah SOP sentiasa terjaga.
Lepas makan, kami berjalan sekejap hirup udara segar di malam hari sebelum pulang ke bilik.
Kami tidur awal sebab esok nak guna banyak tenaga untuk pergi snorkeling trip di sekitar Pulau Redang. Stay tuned for next day travelog....
12 Comments
anak2 paling seronok la..
kami tak pernah g pulau redang. family sy pernah pegi pulau redang, katanya lagi best dr pulau perhentian.