Family Camping di Pantai Teluk Ketapang Sempena Cuti Hari Malaysia


Family Camping di Pantai Teluk Ketapang Sempena Cuti Hari Malaysia |
Seminggu cuti sekolah sudah berlalu, so macamana korang spend masa dengan anak-anak? Sehari sebelum cuti sekolah huda bawa anak pergi holiday di Pulau Redang. Balik Redang hanya duduk di rumah fokus siapkan projek sekolah diorang. Mujur ada dua anak jer nak melayan diorang siapkan projek sekolah. Weekdays papa memang sibuk dengan kerja dari pagi sampai ke malam. Tapi mama minta papa cuti hari Malaysia, tak payah masuk opis.. spend masa dengan anak-anak. Tunaikan wish diorang nak pergi camping.

Family Camping di Pantai Teluk Ketapang Sempena Cuti Hari Malaysia

Lokasi family camping kami adalah di Pantai Teluk Ketapang, di area pagar belakang airport Kuala Terengganu. Boleh baca pengalaman pertama kami camping di sini di entry yang lepas. 

Sampai ke Pantai Teluk Ketapang, kami terus buka meja dan huda hidangkan makanan yang beli di kedai tepi jalan. 


Hari ni cheat day, so huda rasa nak breakfast nasi budget, ada ayam dan daging goreng. RM 3 jer.. Suami pula makan nasi minyak gulai ayam. The Arifs makan mee goreng , sebungkus RM 1 dan ada add on satay favourite si adik. 3 cucuk siap dengan nasi impit dan kuah kacang RM 2.50. Beli jua kuih muih favourite semua.. 

Jom makan dulu sebelum buat aktiviti lain.


Lepas makan, huda dan the arifs pasang khemah, manakala papa gigih buat unggun api sebab cuaca pagi ni agak lembab, nyamuk pun banyak. 

 

The Arifs kekenyangan, diorang santai-santai dulu baring kat hammock sebelum bermain. 


Yang di nanti-nanti .... main arrow, ni hadiah birthday arif dari Ayah De yang selalu murah hati belanja Arif macam-macam. 
  
Wah ada gaya Legolas tak..hehe. Ke HawkEye? 



Si adik punya turn pula main...


Eh, mama pun nak main jugak! 



Kemudian, papa pulak main arrow, The Arifs main badminton



Lepas semua dah berpeluh main, duduk-duduk di khemah dan main Kad UNO pulak. 

Masa ni dah pukul 11, orang dah mula ramai. Dah tak privacy nak buat bising dan rasa tak syok. Lagi pun huda kena balik, petang yer dah janji nak join Cook Along Sempena Hari Malaysia , masak dengan Thermomix. 


Sebelum balik rumah, tunaikan hasrat Arif nak belanja mama papa makan McD.  Dia ada dapat duit sempena birthday dia. Bagus lah ada cash dia fikir nak belanja mama papa dulu.  Thanks anakku belanja. Semoga melimpah ruah rezeki Arif! Kita drive thru jer la.. next time kita dine in yer....


Sampai rumah, semua orang rehat, huda pula sibuk di dapur . Prepare bahan untuk masak pulut kuning dan rendang Ayam Thermomix. 

Efektif sungguh hari Malaysia tahun ni. Macam-macam aktiviti buat. Alhamdulillah, syukur atas nikmat kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan yang bertenaga nak buat itu ini. Semua dengan izin Allah....



Post a Comment

0 Comments