Eskayvie Diffenz - Kombinasi 4 Khasiat Nutrisi Bantu Tingkatkan Sistem Ketahanan Badan



Suplemen untuk tingkatkan ketahanan dan "kekebalan" tubuh badan kita sudah menjadi keperluan yang sangat penting buat masa ini. Lagi-lagi pada ketika ini di mana seluruh dunia berhadapan dengan Pandemik Covid-19 yang masih lagi tiada penghujungnya dan kita perlu terima bahawa kita perlu hidup bersama Covid-19 selamanya.

Jadi bagaimana nak hadapi hidup bersama Covid-19 ini?


Perkara utama yang kita perlu lakukan adalah dengan meningkatkan sistem imun badan bagi melindungi diri dan keluarga daripada jangkitan Covid-19.

Ia menjadi kewajipan sebagai usaha dan ikhtiar manusia. Perkembangan nanoteknologi makanan kini memudahkan kita memanfaatkan khasiat dari nutrisi yang terbaik dan menyediakannya dalam bentuk yang lebih mudah dan nyaman diamalkan.




Apa suplemen yang korang amalkan?


Huda nak kongsi satu supplement best dan "power" dengan harga sangat affordable untuk korang cuba.
Jom kita kenal tentang produk terbaru dari Eskayvie iaitu DIFFENZ yang dirumuskan daripada empat nutrisi yang sangat berkhasiat dan memberi kesan kepada tubuh badan kita.




Eskayvie DIFFENZ - Kombinasi 4 Khasiat Nutrisi Bantu Tingkatkan Sistem Ketahanan Badan


1) CENDAWAN SUSU HARIMAU (Lignosus Rhinocerus)




Cendawan ini diiktiraf sebagai Harta Karun Negara dan amat sukar didapati pada masa kini. Cerita daripada orang-orang tua dahulu, nilai cendawan ini sangat mahal kerana ia hanya akan tumbuh pada titisan susu harimau yang jatuh di lantai hutan.

Cendawan jenis eksotik ini amat berkhasiat bagi menguatkan sistem imun dari jangkitan kuman dan virus. Uniknya cendawan susu harimau ni adalah dia tak tumbuh secara berjemaah macam cendawan yang lain tapi tumbuh secara sendirian.

Tempoh masa untuk cendawan ni membesar memakan masa bertahun lamanya, menjadikan ia cendawan ini sangat ‘rare’ dan susah diperolehi. Cendawan ini tumbuh di lereng bukit Hutan Khatulistiwa.

Harganya juga boleh mencecah sehingga ribuan ringgit! Cendawan Susu Harimau mula giat dikaji apabila pada tahun 2002, Dr Mahathir Bin Mohamad mengatakan bahawa penyakit batuk kronik yang dialaminya bertahun-tahun dapat diubati dengan cendawan ini.

Sudah terang lagi bersuluh yang Cendawan Susu Harimau ini sememangnya khazanah negara yang sukar didapati dan sangat mahal harganya ya. Jadi, kami formulasikan Diffenz untuk memudahkan anda mendapat khasiat daripada cendawan ini tanpa perlu meredah hutan.


Kebaikan:


● Mengatasi masalah resdung, alahan dan ekzema.

● Melegakan batuk, selesema, radang paru-paru, asma.

● Menguatkan paru-paru bagi pesakit paru-paru kronik dan perokok tegar.

● Menguatkan sistem imun badan dari jangkitan kuman dan virus.

● Digunakan secara tradisional untuk merawat symptom masalah yang berkaitan sistem pernafasan seperti batuk kronik, allergi sinus dan asma.

2) BUAH CAMU CAMU (Myrciaria Dubia)





“Digunakan bagi tujuan perubatan oleh penduduk asli Amazon sejak lebih 700 tahun dahulu”

Camu-camu, yang juga dikenali sebagai Myrciaria dubia, adalah buah yang tipikal di rantau Amazon dengan kandungan vitamin C yang tinggi dan mudah diserap, berbanding buah-buahan lain seperti acerola, oren, lemon dan nanas.

Banyak kajian mendapati superfood ini mempunyai kandungan Vitamin C yang paling mudah diserap berbanding buahan yang lain. Lebih best, ia mempunyai kandungan Vitamin C hingga 60 kali ganda lebih tinggi dari buah oren! Disebabkan oleh khasiatnya yang melimpah ruah, buah camu-camu ini mendapat jolokan SUPERFOOD.

Superfood ini turut mengandungi antioksidan seperti polyphenols, carotenoids, flavonoids, anthocyanin, asid gallic dan asid ellagic yang menguatkan lagi sistem imun badan. Lagi-lagi bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan dan merokok! Bukan hanya mengandungi Vitamin C, superfood ini mengandungi banyak mineral yang mampu menguatkan sistem imun badan seperti Zinc, Magnesium dan Manganese.

Kebaikan :

● Menguatkan sistem imun

● Antioksidan dan anti-radang

● Melangsingkan badan dan mengurangkan sel lemak

● Menstabilkan tekanan darah tinggi

● Merangsang penghasilan kolagen

● Mengawal gula darah

3) VITAMIN D 





Jika dulu vitamin D sering diwar-warkan untuk fungsi tulang yang kuat. Namun, kini saintis giat mengkaji dan menemui bahawa 3000 reseptor vitamin D di dalam badan, menyebabkan ia bukan hanya penting untuk tulang tetapi untuk keseluruhan badan.

Malah, ia sangat penting di musim pandemik ini kerana ia membantu meningkatkan lapisan saluran pernafasan. Perokok adalah individu yang mudah mendapat keradangan pada bahagian paru-paru, sehingga boleh menyebabkan batuk yang teruk.

Malah, ada golongan-golongan tertentu yang mempunyai risiko kekurangan vitamin ini seperti wanita berhijab, individu yang mempunyai penyakit kronik, kanak-kanak, wanita hamil dan menyusu serta mereka yang berusia 60 tahun ke atas.

Walaupun Malaysia merupakan negara yang mempunyai sinar matahari mencukupi, namun, 67.4% rakyat Malaysia mempunyai masalah kekurangan vitamin ni. Walhal, ia sangat penting untuk mengawal selia sistem imun, membantu kawalan gula darah, kekuatan tulang dan banyak lagi. Sumber utama vitamin D dalam badan adalah dari matahari, namun beberapa faktor lain boleh mempengaruhi penyerapan vitamin ini seperti,

● Warna kulit yang lebih gelap menyukarkan penyerapan cahaya matahari.

● Cahaya matahari perlu kena terus kepada kulit tanpa halangan sunblock, pakaian, kaca, awan mendung, topi, etc.

● Hanya 10-20% sumber Vitamin D mampu dicapai dari sumber makanan mendedahkan ramai individu kepada kekurangan Vitamin D.

Yang paling penting, ia menurunkan risiko kematian COVID19 sebanyak 700%! (Irish Journal of Medical Science, 2020).

4) VITAMIN C 





Mengikut kajian Kementerian Kesihatan Malaysia, 57% pesakit COVID19 yang berada di ICU pulih dan dibenarkan discaj (tanpa komplikasi) setelah diberi dos vitamin C yang tinggi. Hanya 14% kematian dilaporkan di kalangan mereka yang diberi Vitamin C, yang nyata lebih rendah berbanding 71% kematian di kalangan mereka yang tak diberi Vitamin C.

Bukan sahaja di Malaysia, malah menurut Nutrition Journal (2021), lebih 82% pesakit COVID19 yang kritikal mempunyai paras Vitamin C yang rendah. Vitamin ini dapat memastikan sistem imun badan bekerja dengan baik.

Sudah tentu pengambilan vitamin C ini boleh bantu elak jangkitan virus ini dan mengurangkan kesan kritikal terhadap badan mereka yang dijangkiti.

Namun, badan tak mampu menghasilkan Vitamin C atau menyimpannya secara efisien kerana ia adalah vitamin larut air. Ia boleh didapati daripada pengambilan makanan seperti buah-buahan dan sayuran ataupun melalui makanan tambahan yang berasaskan vitamin C.

Walaupun pengambilan makanan telah seimbang, tetapi penyerapan vitamin dan nutrisi masih bergantung kepada kadar penyerapan nutrisi tersebut yang mana bukan semua vitamin C dari dalam makanan akan diserap ke dalam badan.

Pengambilan vitamin C yang mencukupi dari makanan boleh didapati melalui sekurang-kurangnya 5 hidangan buah segar dan sayuran, dengan syarat, 2 hidangan daripada makanan tadi adalah tinggi dengan vitamin C dan perkara ini agak mustahil untuk sesetengah individu.

Situasi ini menjadikan pengambilan suplemen vitamin C amat diperlukan masa kini.

Malah dengan gaya hidup kini yang tidak terjaga, pencemaran persekitaran serta sesetengah keadaan seperti perokok, tekanan tidak terkawal dan mempunyai penyakit kronik akan menjadikan keperluan Vitamin C meningkat untuk membantu mengatasi keradangan kronik dalam badan.

Bukan itu sahaja, cara masakan juga menyebabkan vitamin C di dalam sayuran berkurangan sekitar 13-60% menyebabkan semakin ramai yang tidak dapat mendapat bekalan vitamin C yang cukup.

Jika kita tidak mengambil vitamin C dengan cukup, kita akan berhadapan dengan masalah kekurangan vitamin C seperti gusi berdarah atau skurvi, kulit kering, sakit sendi, mudah dijangkiti penyakit dan luka lambat sembuh.

Bagi memastikan sistem imun sentiasa kuat, pengambilan vitamin ini mestilah dalam jumlah yang mencukupi. Vitamin C juga penting untuk merangsang pembentukan kolagen, membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka dan meningkatkan penyerapan zat besi.


“Dengan kombinasi unik dan terbaik dari 4 nutrisi di atas ia memberi perlindungan yang menyeluruh”


Betul ke Eskayvie DIFFENZ ni berkesan?


Jom kita berkongsi pula apa kata mereka yang dah amalkan Eskayvie DIFFENZ dan alami sendiri perubahannya.

Dengan kombinasi unik dan terbaik dari 4 superfood di atas ia memberi perlindungan yang menyeluruh.




Siapa yang sesuai amalkan DIFFENZ ni?


Tidak kira anda sudah lengkap vaksinasi atau belum, DIFFENZ adalah supplemen yang terbaik untuk anda!



Berapa Harga Eskayvie DIFFENZ ni?




Mesti korang rasa mahal kan, yerla gabungan 4 jenis nutrisi yang terbukti keberkesanannya untuk meningkatkan ketahanan tubuh badan. Kita tak perlu berbelanja sampai RM499 untuk mendapatkannya. Dengan hanya RM60 sebotol, kita boleh dapatkan perlindungan diri dan keluarga dengan 4 bahan terbaik ini.

Jom kita semua buat pilihan bijak dalam memilih suplemen atau makanan tambahan untuk diri sendiri dan keluarga. Tidak perlu berbelanja mahal, beli jer Eskayvie DIFFENZ!

Klik www.diffenz.com dan dapatkan Eskayvie Diffenz untuk perlindungan diri dan keluarga kita atau hubungi 03-5511 1050 / 019-608 3027 untuk maklumat lanjut.

Untuk maklumat lanjut boleh layari:

Website: www.diffenz.com

Facebook: https://www.facebook.com/eskayviemalaysia21official

Instagram: https://www.instagram.com/eskayviemalaysia/



#EskayvieDiffenz #KitaIkhtiar #KitaJagaKita









Post a Comment

1 Comments

diaripink said…
Banyaknkebaikkan dan patut dikongsi. Alhamdulillah Haida dah amalkan. Nampak kesan kebaikannya. Boleh baca testimoni Haida juga nanti.