Cara Daftar i-Saraan KWSP

Cara Daftar i-Saraan KWSP  | Bulan Jun lepas huda ada keluarkan duit KWSP dengan program i-Lestari. Duitnya adalah beli emas dan buat bayar hutang. Sekarang ekonomi keluarga tak goyah macam tengah tahun , getting better dengan keadaan ekonomi negara kita pun makin pulih. Alhamdulillah. So huda nak kembali saving duit ke KWSP sebagai salah satu plan saraan kelak. Yerla tak kerja makan gaji macam korang, kerja suri rumah jer dan buat kerja freelance sikit2. ada lah duit untuk tabungan di hari tua kelak. Huda decide nak daftar i-Saraan dan dapat juga duit extra dalam akaun KWSP kerajaan bagi. Rugi jer kan kalau tak buat. 





Apa tu i-Saraan?


 i-saraan merupakan caruman Sukarela dengan Insentif Persaraan (i-Saraan) membolehkan ahli yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap untuk membuat caruman sukarela untuk tujuan persaraan, dan pada masa yang sama menerima caruman tambahan daripada pihak kerajaan.


Sebagai ahli di bawah insentif ini, anda akan menerima sumbangan Kerajaan sebanyak 15% (jumlah maksimum sebanyak RM250/setahun [berkuatkuasa 1 Januari 2018]) ke atas caruman anda.



Faedah  i-Saraan


Berdasarkan rujukan yang kami perolehi di laman sesawang rasmi KWSP, ada beberapa faedah yang anda boleh dapat jika anda pencarum i-Saraan ini, antaranya adalah:

🎯Anda yang tiada pendepatan tetap, KWSP menyediakan saluran persaraan kepada anda untuk mencarum sendiri.

🎯Boleh buat pengeluaran dan boleh mencarum ikut kemampuan anda dan masa yang anda ada.

🎯Dapat juga dividen tahunan ikut simpanan sedia ada anda

🎯Dapat pula insentif 15% iaitu maksimum RM250 setahun jika anda adalah ahli berumur kurang dari 55 tahun. Insentif ini dari 2018 sampai 2022.

🎯Dapat pulan bantuan kematian RM2500 (tertakluk pada terma dan syarat kwsp)

Syarat Mohon i-Saraan


Kalau nak mohon mestilah ada syaratnya kan? berikut adalah syarat yang dikeluarkan untuk membuat permohonaan i-Saraan ini.

✅Warganegara Malaysia

✅Bekerja Sendiri – Buat apa-apa kerja sendiri yang mendatang hasil bukannya pekerja

✅Umur 55 Tahun Kebawah

✅Ahli KWSP

✅Telah buat pilihan i-Saraan dengan menghantar borang KWSP 16G(M)



Cara Daftar i-Saraan


Jika anda layak dan nak baut pendaftaran sebagai ahli KWSP/i-Saraan anda boleh buat demikian di mana-mana kaunter KWSP berdekatan.

Apa yang diperlukan adalah seperti berikut

📜MyKad

📜Borang i-Saraan – KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)

📜Borang i-Saraan – KWSP 6A (2) (Semasa bayaran)

📜Bayaran dalam tunai dan cek atau melalui perbankan internet (Penggunaan borang tidak diperlukan)

📜Minimum (RM sahaja) – Tiada had

📜Maksimum (RM sahaja) RM60,000 setahun untuk semua Caruman Sukarela (Caruman Pilihan Sendiri, i-Saraan, i-Suri, Caruman Simpanan Tambahan – berkuat kuasa Januari 2013)


Rujukan :
KWSP i-Saraan

Pengalaman Huda Daftar i-Saraan


Sebenarnya tujuan utama ke KWSP sebab suami ada urusan di sini. Alang-alang huda ikut, huda aktifkan i-Akaun dan inform staff KWSP nak buat i-Saraan. Huda kena isi borang dan tunggu sampai nombor giliran tiba. Sekejap jer urusan di kaunter. Alhamdulillah. 


Lega si dia, settle urusan dia.. 

Ini dia kiosk KWSP. Mula-mula huda aktifkan i-akaun di sini. Kemudian dapat temporary password. Kemudian masuk dalam, jumpa staff dia assist untuk set password yang kita nak. Korang just perlukan IC dan juga phone sebab perlukan TAC. Ada kisah kat sini, seorang pakcik ni nak aktifkan i-Akaun lepas tu tak bawa phone. Phone anak guna untuk Pdpr. Aduhai kesian pulak. Huda doakan pakcik tu murah rezeki dan dipermudahkan urusan. InshaAllah



Ini lah tempat nak aktifkan password baru. Alhamdullilah staff KWSP semua sangat helpful. 



Sekarang kena allocate siap-siap awal bulan , duit untuk saving di KWSP. Lagi 20 tahun baru check ada berapa.. InshaAllah panjang umur , ada juga duit poket nanti. 


Post a Comment

0 Comments