Ujian di Bulan Ogos... Takde Air Bukan Sehari Dua Tapi Sampai Seminggu!


Ujian di Bulan Ogos... Takde Air Bukan Sehari Dua Tapi Sampai Seminggu! |  Bulan Ogos ni macam-macam huda plan. Semangat siap make over work station. Tapi Allah bagi ujian di bulan Ogos dengan krisis air berlarutan. 2hb hari tu dapat notis takde air sampai 3hb Ogos. namun petang 3hb Ogos dapat lagi notis air mungkin lagi seminggu masalah krisis air ni selesai. maka tiada pilihan kena pindah sementara ke rumah mertua yang tidak mengalami gangguan bekalan air. Sekurang-kurangnya anak-anak selesa dan huda pun tak serabut kepala fikir kalau rumah takde air ni. semua benda tergendala... 



Ujian di Bulan Ogos... Takde Air Bukan Sehari Dua Tapi Sampai Seminggu! 



Kongsi sini lah kronologi yang menyebakan krisis air ni berlaku...






Maka bermula lah episod rakyat setempat, ulang alik angkut air. Semoga mereka semua terkesan tetap tabah dengan ujian Allah ni... 


Alhamdulillah, di sebalik krisis air dan juga pandemik COVID 19 yang tak surut-surut. Banyak bantuan air tiba untuk masyarakat setempat yang terjejas. Bagus lah satu Malaysia, sama-sama saling membantu, tak kira dari negeri mana sama-sama hulur bantuan. Syukur tengok muafakat Malaysia tanah airku....


Post a Comment

1 Comments