Shopping Kasut Skecher Murah di Al Ikhsan Website
Shopping Kasut Skecher Murah di Al Ikhsan Website | Baru-baru ni encik suami ada bantu huda buat design tempahan company profile . Instead of bagi upah duit pada encik suami, huda nak belikan dia kasut baru. Kasut sedia ada dia ada mengadu tak sedap pakai. Kesian pulak.. tahu sangat perangai dia, memang susah sangat nak shopping untuk diri sendiri. Maka duit payment client yang patut huda serahkan pada encik suami huda belikan kasut Skecher. Lama juga huda survey dan suruh si dia pilih pun boleh tahan cerewet yer...hehe...
Shopping Kasut Skecher Murah di Al Ikhsan Website
Kecewa sikit, kotak kemek dan macam ada minor defect kat kasut. Tapi rasa malas nak banyak songeh dan jadi fussy customer. Suami pun jenis tak kesah.so pakai jer lah...
Alhamdulillah, suami sangat suka sebab ini kasut Skecher pertama beliau. Selama ni dia dengar jer huda puji betapa best pakai kasut skecher yang comfy sangat.
Overall, puas hati jer shopping di website Al-Ikhsan ni.. Berbaloi lah harga murah compare online store lain. yang penting barang original..
Huda lega pilih beli barang instead bagi duit jer. Duit zaman sekarang macam air. cepat beno habis lepas tu kadang2 taktahu kemana hilangnya. At least beli barang yang memang berguna ni rasa berbaloi sangat.
Eh rasa macam banyak plak huda shopping bulan Julai ni, antaranya reward diri sendiri dan juga shopping barang rumah di HomePro. Apa-apa pun, kalau beli barang yang memang kita perlu dan tak membazir okay jer kan? Syukur di waktu pandemik ni rezeki tak putus-putus Allah hadiahkan.... Semoga bulan Ogos 2021 lebih hebat rezeki Allah pinjamkan sebab bulan depan kan birthday huda! Banyak ni birthday wish....hehe... semoga di permudahkan dan tercapai semuanya. amin!
Post a Comment