Selamat Datang Ogos 2021



Selamat Datang Ogos 2021
| Alhamdulillah pejam celik pejam celik kita dah melangkah ke bulan ke lapan pada tahun 2021. Tahun ni walau agak mencabar dengan pandemik yang tak surut-surut, makin naik walau PKP telah dilaksanakan. Semua orang kecewa. Tapi sampai bila kita nk hanyut dengan emosi negatif. Bangkit dari emosi negatif, jom kita sama-sama semangat sambut bulan baru dengan misi yang baru. Macam huda, sangat jelas, crystal clear apa yang huda nak capai, dan huda akan jalan terus. Usaha sehabis baik, natijah nya rahsia Allah. Sebab setiap rezeki kita, walau sebutir beras pun Allah dah tentukan untuk kita.. bukan usaha kita yang menentukan rezeki namun sebagai hamba Allah kita harus menjemput rezeki datang dengan usaha...

Apa wishlist Ogos 2021?



Sempena bulan birthday ni, bohonglah kalau huda takde wish kan.. setiap bulan pun ada wishlist. Bulan ni jer extra special.




Minggu pertama Ogos ni huda cabar diri nak buat LIVE memasak dengan Thermomix. Korang doakan yer huda dapat lakukan LIVE dengan baik. InshaAllah... Kemudian minggu ni juga huda akan terima dos kedua vaksin.

>> Baca Pengalaman Dos Vaksin Pertama 

Besar harapan huda bila dah complete dos kedua dan cukup tempoh masa vaksin ini bertindak dengan optimum untuk lindungi diri nak sangat balik kampung. Ziarah mak abah dan adik beradik kat kampung. Rindu sangat. Dah lama tak berkhidmat layan mak abah kat kampung.. Walau sekarang boleh jer transfer duit , boleh belikan barang dapur, tapi tak best feel yer... 

>> Baca 7 Tips Hargai Mak Ayah 




Bulan ni huda juga harap huda jadi rajin nak join contest online dan Allah murahkan rezeki huda untuk jadi pemenang. InshaAllah. Tak salah mencuba dan berharap kan? 

Azam untuk kurus masih diteruskan dengan harapkan bulan ni lebih konsisten demi hidup yang lebih sihat dan badan lebih fit dan kuat stamina... 

Bulan ni huda pasang impian untuk berjaya jual Thermomix setiap hari. Nak sama-sama rasa bahagia dengan orang lain lepas ada Thermomix dirumah sendiri. Seronok tu hanya mereka dah miliki jer faham... 

Eh ada lagi sebenarnya...  Instead of harapkan orang bagi hadiah birthday, huda nak bagi hadiah kat orang lain. Idea banyak dah ni, tapi masa tu kena cari untuk realisasikan impian huda nak berkongsi rezeki. InshaAllah huda akan usahakan. Sebab huda tahu, cara paling mudah dan berkesan untuk rasa bahagia adalah membahagiakan orang lain... 

Doakan huda murah rezeki bulan ni, semoga target nak bagi parent 4 angka tercapai, target nak beli hadiah pada anak-anak tercapai dan berkongsi rezeki dengan keluarga, kawan2 dan jiran tetangga pun tercapai. InshaAllah... 

Mulakan hari korang dengan " Leap of faith" . Percaya pada Allah yang Maha Kuasa, pemberi rezeki tanpa batas... 



Post a Comment

0 Comments