Sedekad Bersama , Happy Anniversary Part One ( Ikut Bulan Islam)


Sedekad Bersama , Happy Anniversary Part One ( Ikut Bulan Islam)
| Alhamdullilah. Syukur date yang di nanti telah tiba. Sejak awal muharam minggu lepas, cakap dengan encik suami, jom kita sambut anniversary kita yang ke 10 ikut bulan islam dan juga masihi. Kira ada double celebration lah.. Niat hari ni nak baking kek sedekah pada jiran-jiran. Tapi sibuk pula banyak urusan nak setel, aci tak huda tangguh esok lusa? hihi.. So apa special hari ni, ada masak menu best-best ke? 

Sedekad Bersama , Happy Anniversary Part One ( Ikut Bulan Islam) 




Ini tarikh kami di ijabkabulkan. Syukur, kahwin pada bulan Muharam di awal tahun hijrah, tanda penghijrahan kami ke status suami isteri dari hanya bercinta tanpa sebarang ikatan sejak 5 tahun. 





Yeay, macam mimpi kan, sekejap jer dah 10 tahun berlalu. Banyak sungguh memori tercipta...



hasil perkahwinan kami... Seawal 10 bulan lepas akad, Allah hadiahkan "bunting pelamin" orang kata. Fuh, unplanned. Masa celebrate 1st anniversary, baby masih tu dah dua bulan. Macam tak caya jer... 

Tapi rezeki Allah kan kita sebagai hambanya redha dan yakin segalanya Allah beri adalah terbaik. Selang setahun lebih lepas lahir anak 1st rezeki pregnant lagi anak kedua. Alhamdulilah, dua hero penyeri rumah tangga kami. Cukup lah dua ni.. atas faktor kesihatan huda dinasihatkan tidak lagi mengandung. Maka umur 28 tahun huda dah "tutup kilang". Fokus jaga anak-anak dan suami tercinta sahaja.. Barang-barang baby semua dah let go time tahu tak boleh nak preggy lagi..  So now i enjoy my 30's to the fullest. no more struggling jaga baby nangis tengah malam. Hikmah Allah bagi rezeki anak awal dan tak boleh preggy lagi.. 


A successful marriage requires falling in love many times, always with the same person



Macamana nak kekalkan rasa cinta dalam rumah tangga? 




Tips huda yang utama adalah... 

The first duty of LOVE is to LISTEN

InshaAllah, bila komunikasi dalam rumah tangga smooth, saling memahami dan tolak ansur cinta tu sentiasa subur. Of course hubungan dan tanggungjawab zahir batin sentiasa di penuhi... 

Ingat ni... perkahwinan adalah ibadah yang paling panjang. Setiap apa kita buat dalam rumah tangga adalah ibadah. Sangat mudah nak buat pahala. Best kan kahwin? hehe...  

Kalau tanya huda nak celebrate macamana anniversary ni... mesti lah nak travel, check in hotel mana2. Tapi sekarang bukan macam dulu. Rindu sangat sebenarnya nak menulis di ruangan travelog di blog ni... InshaAllah soon i will be back!! 

Okay, hari ni masak special menu kegemaran encik suami. Happy tengok dia makan selera, bertambah-tambah. Masak daging kerutuk guna Thermomix jer... 

Time masak dah rasa bahagia sebab senang jer nak masak, blend semua bahan, tumis , empukkan daging dan masak kuah semua dalam Thermomix. 
Dah siap masak rasa bahagia berganda bila semua puji sedap dan tengok senyuman bahagia cinta hati. 
Sungguh , bahagia itu mudah bila kita bahagiakan orang lain kan? 

Terima kasih encik suami bahagiakan isterimu dengan hadiah paling best di muka bumi ini iaitu THERMOMIX! 


Post a Comment

2 Comments

marsha said…
Happy Anniversary Huda dan suami! Marsha 21.8 ni anniversary...sama bulan la kita..hihi
HUDAHALID said…
hehe, kalau bulan masihi anniversary huda 2.12.11 marsha.. bulan ni sambut ikut bulan hijrah..