Merdeka Day Out

Merdeka Day Out | Alhamdulillah, pagi 31 Ogos 2021 dapat tunaikan hasrat anak-anak nak Merdeka Day Out pergi picnic dan main air. Lokasi pilihan adalah di taman rekreasi Chendering berhadapan dengan Lagoon Kuala Ibai, Kuala Terengganu
Alhamdulillah, dapat luangkan masa lebih kurang 2 ke 3 jam fokus hanya tengok anak-anak. Sekejap jer masa diorang ni kecil. Macam anak sulung huda weekend ni bakal sambut birthday ke 9 tahun. Time flies so fast. Huda kalau boleh tak nak regret dalam membesarkan anak-anak sebab banyak huda dah korbankan demi menjadi ibu sepenuh masa. Hidup huda dan suami hanya demi anak-anak .
Alang-alang cerita pasal anak ni kan, huda rasa nak kongsi dengan korang satu ilmu menarik dari Seminit Parenting. 




Hebatnya anak lelaki bila mereka

~ pandai bantu ibu di dapur
~ pandai mengemas bilik sendiri
~ pandai menghormati wanita
~ pandai melindungi keluarga
~ pandai mendoakan ibubapa
~ pandai buat kerja rumah tanpa diminta

Huda hanya ada dua orang anak lelaki, besar harapan huda agar anak-anak huda menjadi anak lelaki yang hebat. InshaAllah, mama yer kena hebat dulu kan? 

Apa cerita merdeka korang? Walau kita tiada perarakan macam tradisi biasa, semoga jiwa kita merdeka dari penghargaan manusia, hidup berpaksi pangkat dan harta. Semoga kita bebas dari fitnah dunia dan sentiasa utamakan redha Allah dalam apa jua yang kita lakukan. 

Post a Comment

0 Comments