Advertisement

Kenangan Sungguh Pertama Kali LIVE Cooking Show Thermomix

Kenangan Sungguh Pertama Kali LIVE Cooking Show Thermomix  | Planning a week before nak live masak menu lain sebenarnya.  Namun last minute huda ubah sebab takde bahan. Namun hari kejadian krisis air makin teruk di area rumah huda. Huda takde pilihan terpaksa angkut Thermomix ke rumah mertua dan buat LIVE di sana. Faham-faham jer la bila meminjam dapur orang lain ni... Namun huda cuba sehabis baik buat juga LIVE ni sebab dah janji kan nak live sharing kat group dan socmed. maka harus diteruskan walau penuh ranjau dan onak duri... 

Kenangan Sungguh Pertama Kali LIVE Cooking Show Thermomix


Alhamdulillah ada juga yang sudi terjah instagram live walau diorang sibuk kerja time ni. Timing live next time kena buat bukan time orang kerja lah baru lah ramai sikit orang view kan? 


Behind the scene... 

Kelakar jer sebenarnya time ni. Sebelum huda start LIVE , mak mertua keluar pergi pasar. Jadi dia memang tak tahu huda tengah buat live. Lepas tu dia balik, masuk jer dapur, nasib tak masuk framing video ni. Dan actually huda tak cukup tidur malam sebelumnya. Tidur dalam pukul 2 pagi, bangun pukul 5. Kemas-kemas barang nak ke rumah mertua. Sampai rumah mertua pukul 6 lebih. Rasa mengantuk sangat tak tahan. Lepas solat terus tidur. Pukul 8.30 pagi bangun tidur, dan terus bersiap nak live pukul 9 pagi. Penat sangat rasa lepas live ni.. 

Walau pun penat, tetap seronok sebab dah ramai orang berminat nak beli Thermomix dengan huda. Alhamdulillah, semoga murah rezeki huda dan keluarga . Dan dapat bantu ramai orang lagi rasa bahagia dengan Thermomix ni. Sesungguhnya... 

Thermomix ini .. Bahagia dan membahagiakan...
Bahagia memasak dengan effortlessly dan membahagiakan orang dengan jamu makanan yang sedap!


Berminat nak tahu lebih lanjut tentang Thermomix, meh whastapp huda terus 

http://www.wasap.my/+601172723530/TM6


Post a Comment

0 Comments