Keladi Nak Masak Apa?



Keladi Nak Masak Apa?  | Minggu lepas moyang The Arifs di Kijal bagi keladi. Banyak juga dalam 5 biji. Tapi lagi dua huda bagi mak mertua. Bawa balik rumah 3 biji jer. Sampai rumah terus brainstorm nak masak apa yer dengan keladi ni? Hari tu di rumah mertua dah makan keladi rebus cicah gula. Takkan balik rumah sendiri makan menu sama. Huda memang cepat bosan dengan satu-satu jenis makanan jer. So nak tahu tak apa huda buat dengan 3 biji keladi ni? 

Keladi Nak Masak Apa?



#1 Sayur Batang Keladi





Pertama kali seumur hidup huda masak sayur batang keladi ni. Sebab rasa tak pernah buat dan tak pernah makan, why not cuba kan? Resipi google ajer lah. Okay lah huda tepek juga resepi kat sini... mudah juga huda nak refer in the future nanti. Sebab boleh tahan sedap juga sayur batang keladi ni makan dengan ikan goreng dan sambal belacan. Sedap sungguh! 


Resepi Sayur Batang Keladi Terengganu Style - Ada Budu Okay! 

Bahan 
2 batang @ 300gm batang keladi
1 kpg asam keping
air secukupnya

Cara-Cara 

Didihkan air bersama asam keping.
Siang/potong dan bersihkan batang keladi dan masukkan kedalam periuk.
Celur sekejap tp jangan sampai lembik.
Angkat dan toskan.

Bahan kuah:
3 bj bawang merah
1 ulas bawang putih
1 sudu besar lada hitam
1 ekor ikan selayang saiz sederhana ~ amik isi
1 sudu besar budu
1/2 sudu kecil kerisik
daum kesum/kemangi
1/2 liter air
garam

Tumbuk bawang merah, bawang putih, lada hitam dan isi ikan hingga lumat.
Bancuhkan bahan tumbuk dgn sedikit air supaya bila kita masukkan ke dalam kuah, isi ikan tidak berketul2.
Panaskan air dlm periuk dan masukkan bahan tumbuk dan budu.
Masak hingga mendidih dan masukkan batang keladi bersama dgn asam keping td.
Masukkan juga kerisik, daun kesum/kemangi dan garam.
Boleh dimasukkan sedikit gula jika suka.
Masak hingga mendidih dan padamkan api.

Resepi dari SINI 

#2 Keladi Goreng Cicah Sambal Kicap




Keladi goreng adalah antara menu biasa huda makan kat kampung Johor. Makan ni serius terus ingat kat mak abah kat kampung. Homesick terus. Benci lah, dah la tak boleh nak balik kampung sesuka hati macam dulu-dulu... Menu ni nak resepi ke? Mudah jer, potong keladi bentuk jejari goreng dengan tepung ranggup goreng pisang adabi. Sedap sangat makan panas-panas. Sesuai untuk minum petang dan juga breakfast. 


#3 Talam Keladi 




Sorry, ada gambo sepotong ni jer. sebab sedap sangat tak sempat amik gambar terus makan sampai nak habis dah seloyang. Huhu. Talam Keladi ni pun first time huda buat. Alhamdulillah, sedap sangat walaupun ianya adalah first attempt. Mudah nak bancuh adunan talam ni, huda guna Thermomix jer. Halus elok tak payah nak tapis-tapis.  Abaikan warna tak berapa nak menyerlah tu. Rumah huda takde pewarna purple tiruan.. 


Nak tahu ke guna resepi mana? Haruslah kredit to Mr Google dan thanks Azie Kitchen yang banyak sharing resipi sedap-sedap! 

Resepi Kuih Talam Keladi oleh Azie Kitchen


Bahan Lapisan Bawah
Bahan (A)
220 gm tepung beras
40 gm tepung ubi
1 1/2 sudu kecil garam
5 sudu besar gula pasir
300 ml santan pekat
700 ml air


Bahan (B)
250 gm keladi - (saya letak 300 gm)
Buang kulit, basuh dgn air garam supaya tidak hitam, potong kiub dan kukus selama 5-8 minit. Lepas kukus baru timbang


Cara-cara:
Bancuh semua bahan A hingga rata dan sebati .
Tapis ke dalam periuk. Masak sehingga naik wap dan masukkan bahan B.

Kacau sebentar dan tuang ke dalam loyang 10x10x3 yang telah disapu sedikit minyak. Kukus selama 25 minit.


Bahan Lapisan Atas
150-180 gm tepung gandum (saya guna 160 gm)
250 gm gula halus
3-5 biji telur (guna 4 biji telur)
250 ml santan
500 ml air
Sedikit pewarna purple


Cara caranya:
Bancuh semua bahan bahan di atas dan tapis ke dalam periuk. Masak sehingga naik wap.

Tuang ke atas lapisan bawah. Kukus selama 30 minit. Lap penutup pengukus 5 minit sekali.

Biarkan betul betul sejuk sebelum dipotong, jika boleh menggunakan pisau plastik.


Sebenarnya ada lagi sebekas keladi yang huda dah rebus dan frozenkan. Plannya nak buat ice cream keladi. Tapi nak buat yer entah bila, simpan dulu dalam freezer..mungkin seminggu mungkin berminggu-minggu atau lebih sebulan dia dok dalam freezer tu hehe.. tengok la bila mood rajin nanti baru buat. Thanks sudi terjah blog huda. Jumpa lagi di perkongsian akan datang! 

1 comment:

  1. buat talam keladi sedappp
    sayur keladi pun sedapp
    salam singgah

    ReplyDelete