JJCM Di Hari Jadi dan Seronok Dapat Dine in di kedai makan!


JJCM Di Hari Jadi dan Seronok Dapat Dine in di kedai makan!
|  Di pagi birthday, otak hanya fikir pasal nak siapkan kerja. Setel hantar draft pukul 10 pagi, rehat sekejap. Fikir memang nak cuti masak dengan serabut gak otak fikir takde air. Krisis air lagi kali ni lebih lama di jangka. Aduhai, apa lah nasib bulan ogos ni, takde air sokmo! Fuh disebalik kekalutan,,, Lega client puas hati dengan draft dan bagi masa editing sampai ke malam. Terus ajak suami keluar makan. Alang-alang kami dah lengkap 2 dos vaksin dan juga dah cukup tempoh 14 hari. Yeah kita gunakan green light makan di restoren sempena my birthday! 



JJCM Di Hari Jadi dan Seronok Dapat Dine in di kedai makan! 




Dah nama birthday treat, minta suami drive jauh sikit bawa anak-anak makan angin sekejap dan makan menu yang lama kami tak makan iaitu Celup Tepung di Pantai Penarik, Setiu. Keluar rumah dalam pukul 11 pagi. Singgah sekejap beli keropok lekor cheese di area Batu Rakit. Makan-makan dulu dalam kereta sebab tak tahu kedai celup tepung di Pantai Penarik buka ke tidak, main redah jer ni jalan. 


Sepanjang jalan hanya beberapa kedai sahaja yang buka. Terpampang notis sebelum masuk ke kedai untuk tunjukkan sijil digital Vaksin dan juga inform semua staff mereka sudah lengkap 2 dos vaksin. InshaAllah, mohon perlindungan Allah jer beranikan diri dine in siap bawa anak-anak. Alhamdulilah, tak ramai orang dah sangat selesa biarkan anak-anak bebas. 




Dah lama tak makan ketam. Amik lah seekor ketam ni, harga RM 9.00 seekor
. Then order set Abang Sayang lengkap ada udang, sotong , ikan dan bebola ikan celup tepung. Termasuk dua gelas percuma. Sebab datang time lunch haruslah tambahan order nasi Ayam Geprek.
 



Alhamdulillah, semua sedap. Tapi tak habis pun.

Biasa lah anak-anak dah lama tak keluar rumah, diorang makan sekejap jer, kemudian huda biarkan diorang berlari ke pantai untuk main dan bergambar sakan dengan banyak deko menarik di sekitar Mr Celup Tepung di Pantai Penarik  ni. 


 
Thanks hubby belanja makan.. nasib tak mahal sangatkan?




Bila kedengaran azan zuhur, anak-anak masih tak nak balik lagi. Siap pujuk ajak pergi overnight camping. Aduhai, sedih sangat sebab kami terpaksa tolak ajakan anak-anak sebab huda memang betul-betul tengah sibuk dengan kerja freelance writer. InshaAllah setel kerja nak spend time dan tunaikan hajat anak-anak nak camping. 


Ubati kesedihan anak-anak yang di paksa balik rumah. Terus pasang khemah di garage kereta dan huda bentangkan sejadah untuk diorang solat zuhur . Kemudian diorang lepak dalam khemah sampai waktu asar. 



Alhamdulillah, murah rezeki sebelum azan maghrib huda terima lagi satu suprise dari someone yang minta rahsiakan identiti beliau. hehe. Yeay, happy giler dapat makan kek daim di petang hari jadi. Syukur ya Allah atas segala nikmat. Walau dietku punah berkecai, abaikan jer la..hehe. Enjoy makan-makan di hari jadi dengan sepenuhnya! Sesungguhnya tak terasa lengkap birthday kalau tak pergi holiday. Tak pelah KIV untuk next 2 weeks birthday anak sulung  baru pergi bercuti. Harapnya huda tak amik lah banyak job time tu..hehe kalau tak kesian anak-anak, mama papa asyik busy dari subuh sampai malam. InshaAllah... 


Dah habis birthday sendiri kena fikir suprise birthday anak pulak next 2 weeks, hadiah pun tak tahu nak beli apa.. 

Post a Comment

0 Comments