Terharunya Dapat Kiriman Buah Rambutan Segar Dari Kampung

Terharunya Dapat Kiriman Buah Rambutan Segar Dari Kampung | Usai sahaja kami makan lunch hari ni, driver JnT pun beri salam. Bergegas encik suami keluar amik parcel. Huda mula-mula tak kisah pun barang apa, sebab tahu ada few parcel review yang akan sampai ke rumah. Tapi rasa macam rasa nak baca lah siapa nama pengirim. sebelum ni huda tak pernah amik tahu pun nama. Wah, nama mak huda lah. Excited yer dapat kiriman dari kampung halaman.Terus panggil anak-anak untuk buat unboxing video, nak bagi atuk kat kampung tengok. 

Terharunya Dapat Kiriman Buah Rambutan Segar Dari Kampung 



Buka main gembira anak-anak sebab bila diorang buka nampak rambutan merah yang segar-segar lagi. Adik huda kata pos semalam. Kira tak sampai 24 jam dah sampai ke rumah kami , dari selatan ke timur tanah air... Alhamdullilah. 




Tengok syok kami anak beranak menghadap rambutan merah sekotak, datang pula ketua kampung. Bergegas encik suami keluar rumah. Ya Allah rezeki lagi. Dapat satu papan telur ayam, seekor ayam size besar dan pelbagai sayur-sayuran. Tak sempat nak snap gambar, sebab bz makan rambutan.hehe... 

Ya Allah, rasa nak menangis pun ada hari ni. Murahnya yer rezeki kami 4 Zulhijjah ni... 

Semoga Allah murahkan rezeki semua orang yang buat keluarga kami bahagia hari ni. Terima Kasih Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.... 

Post a Comment

1 Comments

jj said…
Musim rambutan pula ni, dapat isi dia tak banyak air sedap sangat
makanan sihat untuk ibu mengandung
gastrik
darah tinggi
sembelit
sakit jantung