Review Drama Ayahanda - Fuh Drama ni Best Tak Macam Drama Melayu Biasa | Ayahanda, sebuah drama melayu bersiri lakonan Jalil Hamid, Fauziah Ahmad Daud, Fikry Ibrahim, Shahz Jaszle, Noorkhiriah dan ramai lagi akan bersiaran di slot Lestary TV3 dan juga dapat di tonton di Aplikasi Disney+ Hotstar. Macam huda, memang tak dapat siaran TV kat rumah, jadi memang tonton kat Disney+ jer. Huda ni boleh di katakan anti betul dengan drama Melayu. Bosan dengan plot dan storyline yang sama dan membosankan. Tapi Malam hari raya haji yang lepas, rasa nak tengok drama Melayu Ayahanda ni sebab ada terbaca kat socmed yang drama ni best, lain dari yang lain. Maka cuba lah tengok 1st episod, tahu-tahu huda dah marathon sampai episod latest. Jam kat dinding pun hampir pukul 1 pagi....
Review Drama Ayahanda - Fuh Drama ni Best Tak Macam Drama Melayu Biasa
So korang mesti rasa mesti drama ni best, kalau tak takkan huda tengok episod back to back sampai tengah malam.
Nak kongsi lah serba sedikit trivia tentang Drama Ayahanda ni...
Nak kongsi lah serba sedikit trivia tentang Drama Ayahanda ni...
- Drama TV3 Ayahanda diinspirasi daripada karya penerima S.E.A Writers Award 1988, Allahyarham Azizi Hj Abdullah A.M.N. dan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia .
- Drama ini adalah arahan Dato Ahmad Tamimi Siregar.
Drama : Ayahanda
Jumlah episod : 13
Mula tayangan : 10 Julai 2021
Waktu siaran : Rabu-Sabtu, jam 9:00 malam
Siaran TV : Slot Lestary TV3
Penulis novel : Azizi Haji Abdullah
Pengarah : Dato Ahmad Tamimi Siregar
Produksi : Zeel Production Sdn Bhd
SINOPSIS AYAHANDA
Mengisahkan tentang seorang ayah dari sisi tanggapan anak bongsunya. Padanya, sukar memahami hati ayahnya. Kedegilan ayahnya seiring dengan usia yang tak boleh ditegur dan tak boleh terima nasihat anak-anak. Disebabkan itu, dia sentiasa berburuk sangka, berdendam dan marah. Dalam masa yang sama timbul juga rasa bersalah.
Dari sisi ayahnya pula, dia sanggup berkorban apa saja demi keluarga dan anak-anaknya. Si ayah kaya dengan kasih sayang. Dia tak pernah berhenti berdoa agar Allah memberkati mereka sekeluarga. Dia juga jenis ayah yang tak pandai menunjukkan rasa sayang dengan perkataan. Hanya diluahkan melalui perbuatan dengan harapan anak-anak faham.
Hakikatnya, perasaan seorang ayah itu sukar difahami sekalipun digali sedalamnya oleh anak-anak sendiri.
PELAKON AYAHANDA
- Jalil Hamid sebagai Haji Abdullah
- Fauziah Ahmad Daud sebagai Noriah
- Fikry Ibrahim sebagai Aziz
- Noorkhiriah sebagai Halimah
- Shahz Jaszle sebagai Ramli
- Hairi Safwan sebagai Ahmad
- Sherry Ibrahim sebagai Aishah
- Mimi Ernida sebagai Rahayu
- Rita Nadira sebagai Mazni
- Dato Ahmad Tamimi sebagai Lebai Kassim
- Sobri Anuar sebagai Mat Diah
Lagu Tema (OST) AYAHANDALagu : Coretan Pilu
Penyanyi : Dato' Awie
Review dari Huda Lepas Tengok Drama Ayahanda...
Huda suka lah drama ni, membuka mata tentang pengorbanan, kasih sayang dan macam-macam isu kekeluargaan yang sangat dekat dengan diri kita semua.
Adab dalam tutur kata dengan parent juga sangat penting. Kita tak tahu berapa juta kali kita dah lukakan hati mereka... Dan kita orang muda memang tak faham apa yang orang tua rasa. mereka sangat sensitif.
Drama yang sangat menginsafkan diri ni, seorang anak yang sangat lemah dan serba kekurangan. Harap dapat bahagiakan parent sendiri...
Dan side effect drama ni memang akan nangis....huhu. Bese lah sentuh tentang parent, memang tak mampu nak tahan. Homesick dan sangat teringat kat kampung halaman. ya Allah, cepat lah bagi kita semua balik kampung jumpa parent selagi mereka masih hidup kat dunia ni.... rindu weh!!
Tak puas tengok drama, nah baca Novel pulak. Beli kat Shopee jer..
KLIK >> https://shp.ee/hrmcgew <<
1 Comments
Daftar ssm Online
Daftar Syarikat
Pinjaman Perniagaan
Lesen perniagaan
Lhdn e filling