RESEPI KIMCHI JJIGAE with beef (BEEF KIMCHI STEW)

RESEPI KIMCHI JJIGAE with beef (BEEF KIMCHI STEW) | Rezeki AidilAdha yang lepas, huda ada dapat sebungkus daging korban. Terus dapat idea nak "kahwin" kan daging dengan kimchi homemade yang huda buat guna Thermomix. First attempt ni, main terjah jer follow resepi ikut google.Alhamdulillah, sedap yer, laju jer huda makan...hehe. Maka wajib la share dengan korang semua dan mudahkan huda nak buat semula nanti, cek resepi kat sini jer!



RESEPI KIMCHI JJIGAE with beef (BEEF KIMCHI STEW)


Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan...






Kimchi

Bawang besar (dipotong dadu)

Tofu lembut / Tofu Telur

Gochujang

Daging yang sudah direbus empuk

Daun bawang (dipotong halus)

Air

Garam/Gula

Minyak Bijan

Telur


Cara-cara:

1- Panaskan sedikit minyaki dan masukkan bawang besar. Tumis sehingga layu.




2- Masukkan daging dan semangkuk air stok rebusan daging


3- Masukkan kimchi bersama air kimchi dan juga satu sudu gochujang.




4- Masukkan Tofu Telur dan telur , biarkan mendidih seketika



5- Lepas tu masukkan sesudu minyak bijan.





6- Masukkan garam dan rasa sehingga sesedap rasa. Kalau rasa kurang manis boleh tambah gula ya.


7- Tutup api dan hias daun bawang diatas. Hidangkan panas-panas bersama nasi panas



Selamat Mencuba! Next time huda nak buat kimchi dengan protein lain pula, maybe seafood atau ayam...  Alang-alang ada stok satu bekas lagi homemade kimchi dalam fridge... 








2 comments: