Advertisement

Mama.. nak nasi lemak hijau!

Lepas solat isyak, anak-anak semua ready nak tidur. Lepas solat, hugging time dan heart to heart talk mother and son. Arif nangis. Dia sedih sebab hari ni mama agak dingin. Itu la huda, bila banyak work load, to many thing on mind. Kesian pada anak2 terabai. Aduhai, mama terus nak ubati hati anak yang tengah sedih.


 


Okay sayang, esok mama masak sedap2, anything yang Arif nak..

“ Mama...Saya nak nasi lemak hijau “

Nada sedih arif berubah bila dia cakap tentang menu favourite dia.
Terus tambah cakap nak ayam goreng juga.

Datang si adik nak jugak request, nak sayur bayam.

Alhamdulillah, mood anak-anak pun okay dah. Sebelum tidur diorang dah tak sedih2, sebab esok mama janji nak masak menu favourite diorang.

 Thank you Mama

 

Dengar anak-anak cakap camtu, girang gembira hari ni.

Alhamdulillah. Jadi mama, dengan sibuk urusan kerja , emosi sedikit sebanyak kadang2 terasa mood swing jer. Especially time P tu datang.

Tapi , sebelum tidur, cuba sehabis baik perbaiki mood anak2 agar mereka excited nak bangun esok pagi .
Kena rendahkan ego, cakap elok2 pada anak2 kita. Minta maaf.
Kita bukan malaikat.
Kita manusia biasa.

Ada khilaf.
Peringatan pada diri sendiri, sentiasa berbuat baik pada keluarga terutama anak-anak yang sedang membesar. Setiap hari yang berlaku akan menjadi memori, dan membentuk personality mereka bila dewasa kelak.


Post a Comment

0 Comments