Resepi Homemade Tempe Guna Thermomix Memang Mudah!



Resepi Homemade Tempe Guna Thermomix Memang Mudah! |
Banyak kali pergi kedai atau pasaraya nak beli tempe mesti hampa, sebab tempe tak segar . Dah mula ada kuning-kuning. Time nak raya hari tu, penat juga cari semua kedai habis. Huda suka letak tempe dalam kuah lodeh. Dari situ, mula sampai seru huda kena buat homemade tempe sendiri.

Resepi Homemade Tempe Guna Thermomix Memang Mudah! 

Berikut adalah Resipi untuk buat Homemade Tempe. alhamdullilah, sebab ada Thermomix, semakin mudah nak buat tempe homemade ni. I like! 



  • Rendam 200g kacang soya semalaman
  • Buang air rendaman. Letak kacang soya dan 400g air ke dalam mixing bowl. 
    • Rebus 30min/100/reverse spoon

Sebelum masak 


Selepas masak , kulit terapung sendiri, jimat masa dari kena buat manual asingkan kulit. 
  • Selepas rebus, kulit kacang akan terapung di atas. kaut dengan penapis kecil. Boleh tambah air untuk mudahkan proses membuang kulit. Bilas kacang dan buang semua kulit yang masih tinggal
  • Letak kacang dalam mangkuk, campur dua sudu cuka, gaul rata dan biarkan 5 minit. Bilas


  • Letak tisu (kitchen towel) atas dulang. Tuang kacang ke atas dulang. lap dengan tisu hingga agak kering.
  • Letak kacang dalam mangkuk, tambah 1/2 sudu teh ragi tempe. gaul rata
    Boleh beli Ragi Tempe di Shopee >>  https://shp.ee/wrhu8hv <<


  • Letak kacang dalam plastik zip lock. Buang sebanyak mungkin udara sebelum tutup plastik. Cucuk plastik dengan garfu


  • Susun plastik dalam varoma dish dan tray. Tutup dan buarkan sehingga 36 jam

Tadaaaa... dah siap selepas 36 jam. 

Sedap goreng begitu sahaja atau di jadikan bahan dalam masakan sayuran. Every week huda pasti akan buat sebab anak-anak gemar sangat makan. Baguslah, kos pun murah dan juga banyak manfaatnya. 

Post a Comment

4 Comments

Wahhh mudahnya nak buat tempe guna termomix ni kan Huda. Sekali tgk senang sungguh caranya..
jj said…
wahh mudahnya buat tempe. puas hati buat sendiri boleh buat banyak
bengkung
kurus
persediaan bersalin
Uncle abu said…
Reverse blade tu nak setting no berapa yer..
Huda Halid said…
setting yang paling slow, ada symbol sudu kat bahagian speed. tu saya tulis reverse spoon.