Berbaloi ke Langgan Disney+ Hotstar? | Pada 1 June 2021, apps Disney Hotstar mula dilancarkan di Malaysia. Nak langgan kena bayar RM54.50 untuk 3 bulan. Huda dan suami memang die hard fan MARVEL, dan dah lama nak tengok siri WandaVision. Bila tahu ada apps ni, huda tanpa fikir panjang terus langgan untuk 3 bulan. Berbaloi ke??
Berbaloi ke Langgan Disney+ Hotstar?
Bagi huda, ianya sangat berbaloi. Bayangkan macam bayar tiket wayang. Lepas langgan terus tengok siri WandaVision. Lepas tu waktu siang, anak-anak pula layan movie Disney terbaru “Raya” . Lepas tu diorang tengok pula Disney Kids. Banyak lah pilih anak-anak , seronok betul diorang.
Keseronokan itu sangat-sangat berbaloi.
Cara nak Langgan Disney Hotstar.
Download apps di Playstore.
Lepas dah siap install, buka apps dan klik "Subscribe "
Lepas dah siap install, buka apps dan klik "Subscribe "
Daftar guna phone number
Langgan dengan bayaran RM 54.50 ( Ada pilihan payment guna kad kredit, kad debit dan internet banking)
Tunggu sekejap untuk aktifkan subscription.
1 akaun ni boleh di akses di pelbagai peranti.
Huda ada 1 akaun sahaja, akses melalui phone dan juga TV ( install apps dalam android TV Box)
Ada juga Disney Kids, semua rancangan untuk kanak-kanak. Jadi hiburan anak-anak kat TV. Berbaloi.. Sebab diorang dah bosan kartun dekat Netflix.
Sebab nak manfaatkan bayar subscription 3 bulan maka setiap hari la dok layan Disney Hotstar ni. Syok banyak movie best-best. Movie melayu pun ada tau.
Okay, selamat melanggan Disney Hotstar. Duduk Rumah, Stay Home Stay Safe..
Nak layan Disney Hotstar , tonton Loki, baru keluar episod satu hari ni..
2 Comments