Takut Dengan Bahaya Kesan Buruk Sinaran Biru Gajet ? Kedai Cermin Mata di Bangi ini mampu atasinya! | Trend 2021 makin menjadi-jadi penggunaan gajet ni pada anak-anak. Dulu boleh lah cegah anak-anak tengok gajet weekend jer. Tapi sekarang weekdays PdPr, weekend baru bagi mereka main game. Maka 7 hari seminggu anak-anak terdedah dengan sinaran biru ( blue light) . Serius, huda sebagai ibu sangat-sangat takut dengan bahaya kesan buruk sinaran biru dari gajet yang di hadap oleh anak-anak hampir setiap hari ni.. Mujur baru-baru ni huda jumpa perkongsian kawan-kawan di media sosial tentang kedai cermin mata di Bangi yang menawarkan penyelesaian terbaik!
Takut Dengan Bahaya Kesan Buruk Sinaran Biru Gajet ? Kedai Cermin Mata di Bangi ini mampu atasinya!
Bahaya! 100 saat tengok matahari boleh rosakkan mata KEKAL!
Okay, itu kesan UV light yang selalunya memberi impak pada bahagian depan mata, manakala bahaya blue light dari gajet ni beri kesan buruk kepada bahagian belakang mata. Scary kan??
Dari gambar di atas , kita boleh tengok bahaya kesan buruk sinaran biru ( blue light) dari gajet menembusi mata ( macular pigment) dan merosakkan retina.
Blue light atau sinaran Biru bukan sekadar gajet seperti phone, tablet sahaja, namun semua skrin termasuk lah TV juga bahaya jika tengok terlalu lama...
Tips Penggunaan Gajet Untuk Elakkan Mata Rosak
Kita memang tiada pilihan, setiap hari terpaksa juga bagi anak-anak gunakan gajet. Tapi kita boleh kurangkan kesan bahaya dari sinaran biru gajet dengan pratikkan tips berikut :-
Selalu juga ingatkan anak-anak supaya berkedip dengan kerap dan penuh semasa menggunakan gajet dan gunakan titisan mata pelembab apabila mata anak-anak terasa kering. Nasihat ni untuk diri sendiri juga yang kerap tengok skrin laptop untuk berkerja.
Tip 1
First step yang korang buat sekarang adalah ajarkan anak-anak 20-20-20 Rules berikut :-Setiap 20 minit, rehatkan mata selama 20 saat dengan memfokuskan mata pada objek yang sekurang-kurangnya 20 kaki jauhnya.
Tip 2
Pastikan anak-anak amalkan postur yang betul semasa menggunakan gajet. Ketinggian kerusi perlu dilaraskan supaya skrin komputer riba/tablet berada pada paras 15 darjah di bawah paras mata mereka.Mendongak ke atas ketika berbaring atau duduk di kerusi yang lebih kecil sedangkala menggunakan skrin digital mereka akan menyebabkan pembukaan kelopak mata mereka lebih besar. Ini boleh menyebabkan kekeringan mata.
Skrin digital harus terletak sekurang-kurangnya 30-40cm dari mata. Penggunaan gajet dan skrin digital perlukan pencahayaan yang betul, sebaiknya cahaya matahari. Jika silau skrin terlalu kuat, dapatkan skrin cahaya biru atau penapis yang dapat mengurangkan tahap cahaya biru yang dapat masuk ke dalam mata mereka.Tip 3
Tip 4
Seterusnya, boleh la bawa anak-anak cek mata dengan optometrist untuk pantau kesihatan mata anak- anak kita. Huda rekemen korang pergi Kedai cermin mata di Bangi iaitu OPTOM. Berbeza dengan kedai cermin mata biasa, di sini ia menawarkan pemeriksaan yang teliti dengan 4 peringkat. Boleh baca lebih lanjut di SINI
Persatuan Optometrik Amerika (AOA) telah mengeluarkan garis panduan untuk kesihatan mata kanak-kanak. Kanak-kanak berusia 6 hingga 18 tahun disarankan untuk menjalani pemeriksaan mata menyeluruh sebelum memasuki sekolah dan setiap tahun selepas itu. Pemeriksaan mata secara komprehensif disyorkan dua tahun sekali. Ini disebabkan peningkatan kes-kes kerabunan dan lain-lain masalah penglihatan yang melanda generasi muda kini.
Boleh juga baca pengalaman rakan-rakan huda yang dah jalani pemeriksaan mata di Optom, Kedai Cermin mata di Bangi iaitu Ummi Nani, Qaseh Dalia dan juga Fir
Pss... Jom join Optom Giveaway ni, menarik hadiah dia..Boleh kita jaga mata kita dari sinar UV bila keluar rumah..
Untuk maklumat lanjut, korang boleh rujuk pautan di bawah :- OPTOM Eyecare
No.37, Jalan 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi,
43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan (Berdekatan Marrybrown)
GPS: https://goo.gl/maps/KFs6hsbfRa3551Gj9
PM DIRECT >> wasap.my/601111479093
Social Media OPTOM Eyecare:
Facebook : www.facebook.com/optombangi
Website : http://www.optom.com.my
7 Comments
office cleaning
Nak beli nanostix di vape empire ?
caliburn pod dan nanostix pod di Malaysia
bottle packaging vs jar packaging which one is better?
5 best suppliers cosmetic packaging malaysia
Etiqa life insurance
insurance malaysia
motorcycle insurance