Komitmen TOP untuk Inovasi Teknologi Pencuci Pakaian Berterusan Menghasilkan Detergen yang Menyingkirkan 99.9% Virus Tepat Pada Masa untuk Pemulihan Pandemik | Wabak COVID-19 masih berada dalam
kalangan kita. Sementara pelaksanaan program imunisasi sedang berjalan, rakyat
Malaysia juga bertindak dengan penuh tanggungjawab mengikut seruan kerajaan
untuk lindung diri, lindung semua, dengan mengambil berbagai langkah
berjaga-jaga untuk mengawal penularan virus COVID-19 ini.
Komitmen TOP untuk Inovasi Teknologi
Pencuci Pakaian Berterusan Menghasilkan Detergen yang Menyingkirkan 99.9% Virus
Tepat Pada Masa untuk Pemulihan Pandemik
Sementara duduk di rumah, mengamalkan penjarakan sosial, memakai pelitup muka, mencuci atau sanitasi tangan, pemeriksaan suhu badan adalah sebahagian daripada norma baharu kita, Malaysia yang bersemangat #kitajagakita menyukai inovasi teknologi pencuci pakaian terbaru TOP yang terbukti menyingkirkan 99.9% virus termasuk virus SARS-CoV-2 yang mengakibatkan COVID-19, dan Influenza A2.
Pautan di
media sosial dengan hashtag (#TOPcaresforYOU #TOPsayangisemua #TOPneversettles) telah membanjiri laman media sosial
setelah orang ramai kembali ke tempat kerja, sekolah dan berada di luar rumah
berkongsi cara menangani norma baharu iaitu membersihkan baju dengan pencuci
pakaian anti-virus TOP untuk melindungi mereka yang berada di rumah.
TOP, jenama
pencuci pakaian No 13 di seluruh Malaysia, memperkenalkan “Advanced
Micro-Clean TechTM” sebagai respon secara langsung kepada
kebimbangan pengguna terhadap kemungkinan virus berbahaya yang masih melekat
pada baju yang telah dicuci, dan seterusnya membawa risiko kepada mereka yang
tersayang. “Advanced Micro-Clean Tech”
TOP mampu untuk menanggalkan 99.9% virus, bukan sekadar bakteria.
“Advanced
Micro-Clean TechTM” TOP menerusi
revolusi “Anti-Microbial Tech” daripada Lion Jepun menggunakan teknologi
pencuci pakaian generasi baru yang berkesan menyingkirkan 99.9% virus berbahaya
(SARS-CoV-2, lebih dikenali sebagai COVID-19 & Influenza A) dan bakteria2.
Rumusan khas ini bertindak segera dengan mengunci virus dan bakteria lalu
menyingkirkannya daripada pakaian dengan satu cucian berkuasa.
“Advanced
Micro-Clean Tech” TOP mempertingkatkan prestasi rumusan yang tersedia dengan
semua fungsi TOP yang terkenal termasuk anti-sebum, anti bau hapak, anti-debu
hama, ditambah dengan keberkesanan menyingkirkan 99.9% virus berbahaya dan
bakteria untuk perlindungan optimum. Ia juga menembus jauh ke dalam serat
pakaian untuk menarik keluar kesan peluh, minyak badan dan kotoran yang terperangkap,
disamping mencegah kotoran dalam air basuhan daripada melekat kembali pada
pakaian, memastikan pakaian anda bersih menyeluruh setiap masa dan berbau
segar.
“Advanced
Micro-Clean Tech” TOP dengan Anti-Microbial Tech telah dilancarkan tepat pada
masa kepada mereka yang
inginkan ketenangan minda dan memastikan telah mengambil langkah untuk
mengurangkan risiko daripada menyebarkan virus kepada orang tersayang dan
masyarakat secara tidak sengaja.
Menurut
Southern Lion Sdn Bhd, Pengurus Besar Kanan, Cik Carmen Foo, pelanggan Malaysia
telah membuat pilihan bijak dengan memilih “Advanced Micro-Clean Tech” TOP
untuk fungsi penyingkiran 99.9% anti-virus, yang dapat menanggalkan virus
COVID-19 dari fabrik, di mana ia pilihan yang penuh tanggungjawab untuk mereka
sendiri, ahli keluarga dan masyarakat. Rumusan ini telah diuji oleh makmal
bebas di Jepun dan terbukti berkesan menanggalkan virus sehingga 99.9%
terutamanya COVID-19 & Influenza A.
“Bahkan sebelum wabak ini, Lion Corporation di Jepun telah mengkaji teknologi pencuci pakaian anti-virus untuk memberi gaya hidup yang lebih bersih menyeluruh kepada pengguna kami. Kami memperkenalkan teknologi pencuci pakaian yang inovatif dan penting ini kepada Malaysia hanya selepas memastikan rumusan yang lengkap supaya ia berkesan melawan virus, terutamanya SARS-CoV-2. Rakyat Malaysia menghargai tawaran produk inovatif kami kerana ia sesuai dengan norma baharu kita, dan memberi ketenangan minda kepada mereka. Untuk TOP, kami berasa bangga kerana menyumbang kepada #kitajagakita dengan menawarkan rangkaian pencuci pakaian inovatif ini.”
“Kepercayaan dan keyakinan para pengguna telah mendorong TOP untuk menjadi jenama pencuci pakaian nombor satu di Malaysia selama bertahun-tahun. Kami berterima kasih kepada mereka melalui komitmen kami untuk terus berinovasi berdasarkan pandangan pengguna dengan tujuan menjadikan kehidupan dan gaya hidup mereka lebih baik dan bersih,”
“Kami berasa bangga dapat meningkatkan kesedaran warga Malaysia dari peringkat masyarakat untuk mengambil berat melalui inovasi termaju TOP. Kita masing-masing dapat memainkan peranan penting dengan mengambil langkah-langkah kecil seperti memakai pelitup muka, membersihkan tangan dan mencuci baju dengan pencuci yang boleh menyingkirkan virus.”
“Sejak saya kembali bekerja, saya bimbang sekiranya ada terbawa balik virus bersama pakaian, sebab nenek saya tinggal bersama kami. Oleh itu, kami harus berhati-hati. Bila saya mendapati TOP dapat menyingkirkan 99.9% virus termasuk COVID-19, terus saya mendapatkannya untuk keluarga saya. Kami sudah biasa dengan menanggalkan baju kotor dan meninggalkannya dalam bakul baju yang tertutup sebaik sahaja sampai di rumah, sebelum mandi. Kami akan mencuci baju setiap petang untuk mengurangkan risiko penularan. Saya berasa senang hati menggunakan TOP sebab ia menyingkirkan 99.9% virus,”
Muhammad Syahidee, pemandu e-hailing berasa bertanggungjawab untuk menggunakan pencuci pakaian yang boleh menyingkirkan 99.9% virus dan bakteria sebagai usahanya untuk mengurangkan risiko penularan.
“Sebelum wabak ini saya tidak tahu perbezaan antara virus dan bakteria. Saya risau akan menyebarkan penyakit ini kepada keluarga, kawan-kawan, pelanggan dan rakan sekerja secara tidak sengaja kerana saya pekerja barisan hadapan. Saya mendapati TOP menyingkirkan 99.9% virus termasuk COVID-19 dari pakaian saya, dan ia memberi jaminan dan ketenangan minda kepada saya. Menjaga kesihatan adalah tanggungjawab kita semua. Inilah #kitajagakita. Kini saya lebih pentingkan kebersihan berbanding dengan masa lalu. Tiada seorang yang harus menjadi penyebar virus,” jelasnya.
Pengguna TOP setia sejak sekian lama, Syakirah Yusof, rangkaian baru Antivirus 99.9% Advanced Micro-Clean Tech TOP adalah tepat pada masanya.
“Ibu bapa saya guna TOP, saya pun guna TOP untuk banyak tahun sebab fungsi anti bau hapak dan anti-sebum amat berkesan pada baju berbau peluh dan tiada bau semasa pengeringan dalam rumah. Saya amat gembira kerana TOP masih mengekalkan kesemua fungsi yang saya gemari dan berkesan menyingkirkan 99.9% virus termasuk penyebab COVID-19. TOP memang berkesan membersihkan kotoran biarpun yang dapat dilihat ataupun yang tidak kelihatan dan saya boleh merasainya. Saya juga suka bau wangi pada baju selepas mencuci dengan TOP,” kata Syakirah Yusof, peguam.
“Advanced Micro-Clean Tech” TOP 99.9% Antivirus terdapat dalam bentuk serbuk, cecair dan rendah buih untuk pilihan anda. Para pelanggan serbuk pencuci TOP boleh menikmati faedah “Advanced Micro-Clean Tech” melalui pilihan Super White, Super Colour, Super Hygienic, Blooming Freshness dan Silky Miracle. Untuk pelanggan rangkaian cecair TOP, mereka boleh memilih dari rangkaian Brilliant Clean, Colour Protect, Odour Buster, Stain Buster, Blooming Pleasures dan Silky Miracle. “Advanced Micro-Clean Tech” TOP juga terdapat dalam Super Low Suds dan Super Low Suds Blooming Garden (serbuk) serta Smart Clean (cecair) dalam rumusan rendah buih yang direka khas untuk mesin basuh muatan hadapan, demi cucian yang cekap dan berkesan. Pencuci pakaian TOP boleh didapati di peruncit seluruh negara dan atas talian melalui Kedai Rasmi Shopee dan LazMall.
Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila layari http://www.southernlion.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan di 1800-88-0133.
Mengenai Pencuci Pakaian TOP
TOP yang merupakan Jenama Pencuci
Pakaian No 13 di Malaysia merupakan jenama yang inovatif, memberi
tumpuan kepada pengguna oleh Lion Corporation Japan, yang telah menaikkan taraf
cara kita mencuci pakaian di Malaysia melalui penyelidikan berterusan,
menghasilkan inovasi termaju untuk berkhidmat dan memperbaikkan kehidupan
pengguna.
Ia terkenal
dengan perjuangan konsep kehidupan bersih menyeluruh melalui inovasi teknologi pencuci
pakaian yang berterusan. “Advanced Micro-Clean Tech” TOP yang baharu dengan
Anti-Microbial Tech oleh Lion Jepun menggunakan teknologi pencuci pakaian
generasi baru yang menyingkirkan 99.9% virus berbahaya (SARS-CoV-2, lebih
dikenali sebagai COVID-19 & Influenza A) dan bakteria2 secara
berkesan. Rumusan khas ini bertindak segera dengan mengunci virus dan bakteria
lalu menyingkirkannya daripada pakaian dengan satu cucian berkuasa.
Ia
mempertingkatkan prestasi rumusan yang tersedia dengan semua kefungsian TOP
yang terkenal termasuk anti-sebum, anti-bau hapak, anti-debu hama, ditambah
dengan keberkesanan menyingkirkan 99.9% virus berbahaya dan bakteria untuk
perlindungan optimum. Ia juga menembus jauh ke dalam serat pakaian untuk
menarik keluar kesan peluh, minyak badan dan kotoran yang terperangkap,
disamping mencegah kotoran dalam air basuhan daripada melekat kembali pada
pakaian, memastikan pakaian anda bersih menyeluruh setiap masa dan kekal segar.
Sebagai sebuah
jenama yang memenangi pelbagai anugerah, TOP dipercayai oleh pelanggan dan
dikenali oleh industri. Antara anugerah yang dimenangi baru-baru ini: Pemenang
Emas People’s Choice di Putra Brand Awards 2020.
Kesemua Pencuci Pakaian “Advanced Micro-Clean
Tech” adalah
|
|||
Menyingkirkan 99.9% Virus Berbahaya (SARS-CoV-2, lebih
dikenali sebagai COVID-19 & Influenza A) dan Bakteria2 untuk
Perlindungan Optimum. |
Menarik keluar Kesan Peluh, Minyak Badan dan Kotoran
Terperangkap untuk Pembersihan Menyeluruh. |
Mencegah Bau Hapak walaupun Dikeringkan di Dalam Rumah. |
Menyingkirkan 99.9% Debu Hama2 yang
Menyebabkan Alahan. |
Pencuci
Pakaian Serbuk “Advanced Micro-Clean Tech” TOP
Pencuci pakaian serbuk “Advanced Micro-Clean
Tech” TOP terdapat dalam pilihan Super White, Super Colour dan Super Hygienic
yang terdapat dalam 750g, 2.3kg dan 3.8kg; sementara Blooming Freshness dan
Silky Miracle terdapat dalam saiz paket 750g, 2.1kg dan 3.6kg masing-masing
dijual dengan harga runcit yang disyorkan RM5.50, RM14.95 dan RM23.40. Setiap pilihan terdapat fungsi pencuci pakaian
unik untuk keperluan tertentu anda. |
|
Super White |
TOP Super White menjadikan pakaian anda putih
dan cerah hanya dengan satu cucian hasil gandingan Blue Marine Whitening
Tech. |
Super Colour |
TOP Super Colour melindungi warna pada fabrik
dengan Innovative Colour Enhancement Tech yang mengekalkan warna berseri
lebih lama. |
Super Hygienic |
TOP Super Hygienic menghilangkan bau peluh
daripada cucian dengan Advanced Deodorising Tech, supaya anda dapat menikmati
gaya hidup aktif yang lebih segar. |
Blooming Freshness |
Top Blooming Freshness mengujakan deria anda
dengan Freshcare Tech yang memberikan haruman bunga berkekalan sehingga 30
hari2. |
Silky Miracle |
Top Silky Miracle adalah keajaiban luar biasa
daripada lembutan sutera, penjagaan fabrik dan wangian mewah sehingga 100
hari*. *Mengandungi bahan-bahan aktif dan diuji di
makmal Jepun. |
Pencuci
Pakaian Cecair “Advanced Micro-Clean Tech” TOP
Pencuci Pakaian Cecair “Advanced Micro-Clean
Tech” TOP terdapat dalam pilihan Brilliant Clean, Colour Protect, Colour
Buster, Stain Buster dalam saiz paket 1.8kg, 2.7kg dan 4kg dengan harga
runcit yang disyorkan iaitu RM10.40, RM17.55 dan RM24.05; sementara Blooming
Pleasures dan Silky Miracle terdapat dalam saiz paket 1.5kg and 3.6kg dengan
harga runcit disyorkan RM10.40 dan RM24.05. Setiap pilihan terdapat fungsi pencuci pakaian
unik untuk keperluan tertentu anda. |
|
Brilliant Clean |
TOP Brilliant Clean menanggalkan kotoran dan
mencegah pakaian menjadi kusam dengan Superior Dispersion Power untuk cucian
yang lebih bersih dan cerah. |
Colour Protect |
TOP Colour Protect melindungi warna pada
fabrik dengan Innovative Colour Enhancement Tech yang mengekalkan warna
berseri lebih lama. |
Odour Buster |
TOP Odour Buster menghilangkan bau peluh dan
menyingkirkan 99.9% bakteria penyebab bau membiak atas pakaian dengan Advance
Deodorising Tech untuk gaya hidup aktif yang lebih segar. |
Stain Buster |
TOP Stain Buster menembus setiap lapisan
fabrik dengan Stain Removal Action untuk cucian yang bersih sepenuhnya dengan
satu cucian. |
Blooming Pleasures |
TOP Blooming Pleasures mengujakan deria anda
dengan Freshcare Tech yang memberikan haruman segar berkekalan sehingga 30
hari2. |
Silky Miracle |
TOP Silky Miracle adalah keajaiban luar biasa
daripada lembutan sutera, penjagaan fabrik dan wangian mewah sehingga 100
hari*. *Mengandungi bahan-bahan aktif dan diuji di
makmal Jepun. |
Pencuci
Rendah Buih “Advanced Micro-Clean Tech” TOP
Untuk mesin basuh muatan hadapan, cecair TOP
Smart Clean terdapat dalam saiz paket 2.7kg and 4kg pada harga RM24.65 dan
RM31.00, serbuk TOP Super Low Suds terdapat dalam saiz paket 3kg dan 5kg pada
harga RM28.90 dan RM39.90, sementara serbuk TOP Low Suds Blooming Garden
terdapat dalam saiz paket 4.8kg pada harga RM39.90. |
|
Smart Clean Liquid |
TOP Smart Clean adalah pilihan bijak untuk
mesin basuh muatan depan dengan High Efficiency Low Suds Tech yang memberikan
cucian yang cekap dan berkesan setiap masa. |
Super Low Suds Powder |
TOP Super Low Suds adalah pilihan yang lebih
bijak untuk mesin basuh muatan depan dengan High Efficiency Low Suds Tech
yang memberikan cucian yang cekap dan berkesan setiap masa. |
Super Low Suds
Blooming Garden Powder |
TOP Super Low Suds Blooming Garden memberi
keseronokan untuk mencuci dengan High Efficiency Low Suds Tech serta
Freshcare Tech yang memberi wangian bunga segar berkekalan sehingga 30 hari2. |
0 Comments