Kenangan Aidilfitri 2021 - PKP Lagi?



Kenangan Aidilfitri 2021 - PKP Lagi? |  Dah separuh bulan Syawal baru rasa nak update kat blog cerita Aidilfitri 2021. Semangat sikit hari sebab lega dah selesai bayar hutang puasa dan juga lengkap sudah puasa enam Syawal. Semoga amalan di terima Allah. InshaAllah.. Amin.  Biasa kita mood Syawal sebulan kan? Tapi tahun ni lagi sekali mood Syawal kita memang bertahan sehari, ada tu sejam jer rasa raya. Sebab tak boleh ziarah-ziarah, takde moment hulur duit raya dalam sampul raya dan macam-macam lagi lah. Hanya memori syawal tahun-tahun lepas jer kita mampu ingat , pastu sedih...huhu

Kenangan Aidilfitri 2021 - PKP Lagi?


Sedih... PKP Lagi? dan lagi... Banyak plan hancur lebur... Dah la sampai rasa give up dah nak planning apa2. Termasuk lah raya tahun ni. Dalam tak plan apa-apa sangat tu, siap juga menu 1 Syawal santapan kami anak-beranak. 


Lepas makan menu raya, siap sedia pakai baju raya dan solat raya berjemaah dengan suami dan anak-anak. Lepas tu pergi bergambar luar rumah sekejap.. Hihi..sekejap2 pun berpeluh gak nak suruh anak-anak tengok camera bukannya mudah... Tepat pukul 10 video call dengan family mertua. Turn family huda decide buat petang lepas asar.

Pastu sambung makan menu raya sampai habis licin. Then habis dah 1 Syawal yang seadanya. Syukur, ada tempat berlindung, ada rezeki terhidang dan ada keluarga di sisi yang Allah pinjamkan.. 

Semoga Raya PKP 3.0 ni mendidik hati kita agar sentiasa redha dan sabar. Percayalah, sabar itu indah. 


P/s : Tahun ni duit raya The Arifs pun susut dari last year, hehe. sebab family johor decide nak bagi time raya haji dengan harapan kami semua dapat balik kampung raya haji nanti.  Ni  tengah fikir, nak belikan the arifs emas untuk aset diorang atau nak masukkan duit dalam tabung haji jer cam biasa. hmm... any suggestion? 

No comments