Jom Bayar Zakat Cashless Dengan Perbankan Atas Talian Alliance Bank | Bulan Ramadan ini, selain dari kewajipan menahan diri lapar dan dahaga dengan puasa, kita sebagai orang islam juga diwajibkan membayar Zakat khusus yang di namakan Zakat Fitrah. Sudah 20 Ramadan ni, jadi jangan berlengah-lengah dalam menunaikan kewajipan kita di bulan mulia ni. Sekarang sangat mudah, dengan pembayaran zakat secara cashless , di mana-mana dan bila-bila masa sahaja kita boleh laksanakan.
Jom Bayar Zakat Cashless Dengan Perbankan Atas Talian Alliance Bank
Hukum zakat fitrah adalah WAJIB apabila cukup syarat wajib zakat fitrah berikut :
- Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
- Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
- Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya
- Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan
5 Fadhilat Zakat Fitrah
1) Zakat Fitrah adalah satu ibadah wajib yang di fardhukan dan terkandung dalam rukun islam ( Rukun Islam ke empat ) 2) Membantu meringankan beban dan penderitaan fakir miskin. Melalui pemberian zakat fitrah dapat membantu dan juga memberi kesenangan kepada golongan yang memerlukan dalam membuat persiapan menyambut Aidilfitri seperti makanan , pakaian dan keperluan lain.
Penerima Zakat di Klang. ( Sumber Facebook Lembaga Zakat Selangor)
Pengagihan Zakat Asnaf Orang Asli. ( Sumber Facebook Lembaga Zakat Selangor)
3) Dapat menjauhkan diri dari sifat tamak, ego dan kedekut. Dengan menunaikan zakat fitrah, seseorang itu dapat mendidik hati agar merendah diri serta mengelakkan diri dari sifat mazmumah seperti kedekut , bakhil serta mementingkan diri sendiri.
4) Mempupuk rasa kasih sayang di antara kita saudara sesama islam . Tanpa mengira status, kedudukan dan lokasi, semua orang dapat mendidik hati serta memupuk kasih sayang sempena bulan mulia Ramadan dan Syawal.
5) Zakat bukan sahaja membersihkan jiwa namun membersihkan harta . Malahan ia juga menjadi keberkatan dalam rezeki dengan Allah akan melipat gandakan rezeki si pemberi zakat.
Bayar Zakat Atas Talian Lebih Mudah Cashless Jer!
Sejajar dengan dunia digitalisasi , semua perkara dapat di selesaikan di hujung jari. Termasuklah kewajipan menunaikan zakat. Kempen JOM Zakat Cashless yang dianjurkan oleh Lembaga Zakat Selongor merupakan satu usaha untuk menggalakan golongan yang berkelayakan membayar zakat untuk membayar zakat dengan mudah secara atas talian sahaja.
Untuk sertai kempen ini, boleh klik di pautan berikut bit.ly/zakatcashless2021
Manakala untuk ketahui lebih lanjut boleh klik di https://www.zakatselangor.com.my/cashless/
Khas untuk pengguna perbankan Alliance Bank, anda pun boleh laksanakan zakat secara direct melalui akaun bank di atas talian. >>> www.allianceonline.com.my <<
Ayuh, alang-alang tengah free ni cepat-cepat kita tunaikan kewajipan zakat kita dan juga ahli keluarga kita. InshaAllah, keberkatan hidup semakin bertambah dengan menunaikan hak mereka yang lebih memerlukan. Sesungguhnya hidup kita di dunia adalah untuk memberi manfaat kepada orang lain.
Nak tahu lebih lanjut dan aktiviti pengagihan zakat dari Lembaga Zakat Selangor? Klik link pautan di bawah
FACEBOOK : https://web.facebook.com/zakatselangor
ALAMAT : Lembaga Zakat Selangor, 3-01-1, Presint ALAMi, Pusat Perdagangan Worldwide 2, Persiaran Akuatik, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.
Talian Zakat Selangor : 1 300 88 4343
Email : maklumbalasaduan@zakatselangor.com.my
3 Comments