Sambut Birthday Ayah di Kambing Guangzhou Kuala Terengganu


Bulan lepas, huda bersama keluarga sambut birthday ayah mertua di restoren western yang terkenal dengan signature dish yer iaitu kambing bakar dengan sos perapan istimewa. Huda yang suggest kami buat gathering makan-makan di restoren ni sebab ibu mertua pernah cakap nak makan daging harimau menangis. Di sini semua ada... 

Sambut Birthday Ayah di Kambing Guangzhou Kuala Terengganu



Tempah Online Untuk Jimat Masa


Maklumlah bila datang ramai-ramai, huda dengan ada anak-anak dan juga orang tua ni, lebih baik tempah awal siap-siap dari rumah. Pengalaman sebelum ni huda makan di sini memang makan masa juga lah nak tunggu satu-satu menu di masak sebab masak guna kaedah panggang dengan bara api.  Maka segala tempahan huda buat secara atas talian melalui aplikasi Whatsapp sahaja. 

Setelah berbincang adik beradik, maka ini lah menu yang kami tempah sempena meraikan hari jadi ayah . 


Daging Harimau Menangis RM 15 


French Crab  - Harga RM1XX

Lamb Shoulder RM 15



Mix Platter RM 49.90


Ready nak makan!! 


Overall, makan semua sedap menjilat jari! Semua licin makan. Pasti huda akan repeat lagi makan di sini bila keluarga belah johor pula JJCM kuala Terengganu nanti... InshaAllah, semoga tak lama lagi kita dapat merentas negeri dan bersilaturrahim seperti dulu-dulu... Amin...

Nak tahu tak berapa harga makan-makan sempena birthday ayah ni? Huda share ni agar korang kalau nak makan sini, boleh la rancang budget... 




Selain menu di atas, huda ada beli kek dan juga adik ipar beli choc bouquet untuk birthday boy.. hihi


Kek Batik Indulgence dari ZIQ Bakery 


Choc Bouquet. Sibuk jer kan nak posing, padahal ayah mertua punya... 

Sekian sharing hari ni..  semoga niat kami anak dan menantu semua nak bahagiakan ayah tercapai. Selagi orang tua masih hidup, cuba sehabis baik untuk melakar senyuman di wajah mereka.. 

Post a Comment

2 Comments