Review Thermomix TM6 Selepas Seminggu Guna - Berbaloi ke beli? | Apa benda paling mahal kat dunia ni? Bagi huda adalah MASA. Once masa berlalu, satu saat pun kita tak dapat balik kan? So kita kena spend wisely. Duit pula kalau kita spend, InshaAllah akan sentiasa akan "refill" semula. Duit pun kita juga harus spend dengan bijak sebab nanti Allah akan tanya di akhirat, kemana duit kita dah guna. Okay, sebab huda nak spend masa dan duit secara bijak huda miliki sebuah gadget idaman wanita yang diberi nama Thermomix TM6. Di kenali juga dengan nama jolokan " Bibik German" kerana di perbuat dari Germany. Nak tahu ke pengalaman huda lepas seminggu guna Thermomix ni ??? Review Thermomix TM6 Selepas Seminggu Guna - Berbaloi ke beli?
Bila kita cerita bab berbaloi , kena tengok dari segi harga yang sudah dilaburkan dengan apa manfaat yang diterima. Korang rasa sama ke rasa berbaloi beli Thermomix TM6 dan Iphone 12 yang harga nak dekat sama ?
Review Thermomix TM6 - Unboxing
Okay, untuk memulakan entry review Thermomix ni, jom layan video huda unboxing Thermomix TM 6 ni dulu...
Kegunaan Thermomix TM6
Korang rasa dengan 20 fungsi yang pelbagai dalam thermomix ni berbaloi ke dengan harga yang di laburkan? Bagi huda, tersangat berbaloi. Serius, huda menyesal lambat memiliki Thermomix ni.. Dengan penjimatan masa, dan masak jer menjadi macam chef dah rasa...haha...
Selepas Seminggu, Apa yang Huda sempat buat dengan Thermomix TM6
1) Basic Kerja Kat Dapur : Kupas Bawang, Deseeding Cili Kering
2) Buat Homemade Pes Masakan Bebas Garam Berlebihan / Perisa dan Pewarna Tiruan & MSG
3) Masak Menu Berbuka - Mee Hailam, Kari Ayam, Sup Ayam dengan gunakan menu Preset dalam Cookidoo International
4) Buat Mashed Potatoes & Coleslaw dari scratch sampai siap dalam thermomix jer!
5) 2 minit jer uli doh pizza yang sedap sama rasa cam doh pizza hut.
6) Buat Nescafe Tarik sebiji rasa Nescafe Smoovlatte dengan tekstur halus dan buih halus macam latte.
Actually, banyak lagi huda plan nak buat, tapi bulan puasa kan. Masak macam-macam sangat pun bukan makan pun. So huda masak ikut selera nak makan dan ikut kepentingan. Tambahan pula , aim utama miliki Thermomix ni nak masak makanan sihat , kurang kalori. semuanya demi impian nak kurus. Kita ni orang perempuan memang kena jaga makan kalau nak sihat, dan amalkan juga supplemen tambahan.
Kalau scroll kat web cookidoo.international tu, rasa semua benda huda nak cuba masak tau! Suka sebab so far, semua resepi preset Cookidoo sangat memudahkan masak dengan timbangan setiap bahan yang tepat dan rasa konfem sedap!
Apa kebenda Cookidoo tu ?
Cookidoo ni kira cam digital Cookbook yang direka khas untuk pengguna Thermomix. Korang boleh klik >> https://cookidoo.international/foundation/en
Akaun Cookidoo ni intergrate dengan Thermomix dan boleh di akses melalui phone, tablet dan PC.
Dari sini kita boleh buat koleksi resepi yang kita suka, set nak masak apa hari ni. Dan paling best boleh direct buat shopping list ikut resepi yang kita nak masak.
Nak Beli Thermomix Serendah RM 9 Sehari ?
Lepas huda up post di media sosial sejak awal minggu lalu, saban hari dapat pm tentang harga, macamana nak beli. Mahal ke?
Tak mahal pun cik akak, cik adik manis... RM 9 jer sehari. Rasanya semua orang mampu. Kalau yang mampu, boleh beli cash atau lebih affordable beli bayar ansuran.
Trusted Thermomix Advisor dengan after sale servis yang mantap! Panduan guna dan apa juga tips beliau kongsi. Best sangat!
Post a Comment