Optom Eyecare Bangi Tawarkan Pemeriksaan Mata Secara Klinikal yang Terbaik! | Bila cerita pasal kesihatan mata.... mata huda tiba-tiba berkaca... Sedih.... teringat abah kat kampung. Bulan lepas, abang huda di kampung kongsi berita sedih hasil pemeriksaan mata abah. Mata kanan dah rosak dan hanya mata kiri yang masih boleh melihat. Huda peluang balik sekejap dengan kebenaran polis bulan lepas untuk ziarah dan lihat sendiri kondisi abah. Masa abah kata, mata dah tak nampak sangat, rasa tahan jer dari nak nangis depan abah.... Entah bila dapat balik lagi sementara pandangan abah masih boleh melihat kami anak-anak dan cucu-cucu. Apa yang berlaku, ia sedikit sebanyak memberi huda kesedaran tentang berapa pentingnya kita menjaga mata dan buat pemeriksaan mata secara klinikal sebelum ia semakin parah tanpa kita ketahuinya. Entry kali ni, huda nak kongsi tentang sebuah optomerist yang bukan sahaja menjual cermin mata malahan menjalankan pemeriksaan secara klinikal.
Optom Eyecare Bangi Tawarkan Pemeriksaan Mata Secara Klinikal yang Terbaik!
Kalau lah ada Optom Eyecare di area kampung huda kan best, takde lah abah huda kena ke hulur ke hilir , buat spek kena pergi kedai lain, nak cek mata pulak pergi tempat lain. Dengan appoinment bagai.. memang menyulitkan dan menyusahkan especially bagi warga emas.
– Mesin ni digunakan untuk memeriksa kadar power dan silau mata.
2) Step 2: Mesin Phoropter
– Mesin yang digunakan untuk periksa masalah rabun dekat atau rabun jauh
3) Step 3: Mesin Diagnostik
–Mesin yang digunakan untuk pemeriksaan saraf mata bahagian hadapan.Hasil pemeriksaan ini kita akan mengetahui mata kita ada selaput, mata merah, penyakit kencing manis atau glaucoma.
–Mesin yang digunakan untuk pemeriksaan saraf mata bahagian hadapan.Hasil pemeriksaan ini kita akan mengetahui mata kita ada selaput, mata merah, penyakit kencing manis atau glaucoma.
4) Step 4: Mesin Slit Lamp
–Mesin ini digunakan untuk memeriksa saraf mata kita bahagian belakang . Alat ini dapat melihat struktur mata kita seperti kornea, iris dan lensa mata.Hasil pemeriksaan ini juga dapat mengesan masalah katarak.
Ini adalah contoh hasil pemeriksaan mata secara klinikal di Optom Eyecare Bangi. Gambar keadaan mata yang kabur dan saluran darah yang pecah tu sama yang di alami oleh abah huda di kampung.. bahana kencing manis..... sangat menginsafkan untuk kawal pengambilan gula dalam diet harian.
Bagi perempuan bertudung, memang penting sangat bila ada kemudahan customized cermin mata ikut jenis muka dan kesesuaian bentuk wajah. Jadi, masalah muka nampak pelik, nampak tua ke dan masalah tudung kembang takde .. Best kan??
Di Optom Eyecare Bangi juga menawarkan pelbagai, frame dan warna. Fully customized cermin mata ni, memang akan rasa lebih eksklusif dan seronok nak pakai dalam jangka masa yang lama.
Wah, Boleh Customised Cermin Mata Ikut Bentuk Wajah!
Bagi perempuan bertudung, memang penting sangat bila ada kemudahan customized cermin mata ikut jenis muka dan kesesuaian bentuk wajah. Jadi, masalah muka nampak pelik, nampak tua ke dan masalah tudung kembang takde .. Best kan??
Di Optom Eyecare Bangi juga menawarkan pelbagai, frame dan warna. Fully customized cermin mata ni, memang akan rasa lebih eksklusif dan seronok nak pakai dalam jangka masa yang lama.
Jawab Survey dan Berpeluang Menang Cermin Mata Komputer di Optom Eyecare Bangi
Sempena pembukaan Optom Eyecare Bangi iaitu cawangan kedua selepas pembukaan cawangan pertama di Mergong Kedah pada 1 April lepas, Optom Eyecare menawarkan peluang menarik untuk anda!Nak tak cermin mata komputer bernilai RM300?
Jom jawab survey sahaja di sini .
Cepat-cepat tau, sebab 200 orang sahaja yer yang berpeluang untuk menang!
Jika anda berminat untuk buat pemeriksaan mata dan dapatkan cermin mata baharu dengan kualiti terbaik boleh la kunjungi :-
Optom Eyecare.
No.37, Jalan 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan. (Berdekatan Marrybrown)
🕰️BUKA SETIAP HARI
🕰️9AM-8PM
GPS: https://goo.gl/maps/KFs6hsbfRa3551Gj9
Untuk maklumat lanjut dan juga sebarang pertanyaan boleh hubungi Optom Eyecare Bangi di :-
Website: https://optom.com.my/
IG: www.instagram.com/optombangi
Fb: www.facebook.com/optombangi
Untuk warga Kedah boleh berkunjung ke cawangan Optom Eyecare Kedah.
No 17-GF,
Taman Bandar Baru Mergong,
05150 Alor Setar, Kedah
Tel: 011-10641167
15 Comments