Optom Eyecare Bangi Tawarkan Pemeriksaan Mata Secara Klinikal yang Terbaik!


Optom Eyecare Bangi Tawarkan Pemeriksaan Mata Secara Klinikal yang Terbaik
! |  Bila cerita pasal kesihatan mata.... mata huda tiba-tiba berkaca... Sedih.... teringat abah kat kampung. Bulan lepas, abang huda di kampung kongsi berita sedih hasil pemeriksaan mata abah. Mata kanan dah rosak dan hanya mata kiri yang masih boleh melihat. Huda peluang balik sekejap dengan kebenaran polis bulan lepas untuk ziarah dan lihat sendiri kondisi abah. Masa abah kata, mata dah tak nampak sangat, rasa tahan jer dari nak nangis depan abah.... Entah bila dapat balik lagi sementara pandangan abah masih boleh melihat kami anak-anak dan cucu-cucu. Apa yang berlaku, ia sedikit sebanyak memberi huda kesedaran tentang berapa pentingnya kita menjaga mata dan buat pemeriksaan mata secara klinikal sebelum ia semakin parah tanpa kita ketahuinya. Entry kali ni, huda nak kongsi tentang sebuah optomerist yang bukan sahaja menjual cermin mata malahan menjalankan pemeriksaan secara klinikal. 


Optom Eyecare Bangi Tawarkan Pemeriksaan Mata Secara Klinikal yang Terbaik!


Honestly, huda sangat teruja bila rakan-rakan di social media berkongsi tentang keistimewaan pemeriksaan mata di Optom Eyecare Bangi di mana pelanggan berpeluang membuat pemeriksaan mata secara klinikal sebelum membuat cermin mata di sini. 

Kalau lah ada Optom Eyecare di area kampung huda kan best, takde lah abah huda kena ke hulur ke hilir , buat spek kena pergi kedai lain, nak cek mata pulak pergi tempat lain. Dengan appoinment bagai.. memang menyulitkan dan menyusahkan especially bagi warga emas. 


Okay, berbalik pada keistimewaan Optom Eyecare Bangi ini. Ia menawarkan pemeriksaan mata dengan 4 peringkat! Baguskan? 

Berikut adalah 4 peringkat pemeriksaan mata di Optom Eyecare Bangi 

1) Step 1: Mesin Autorefractor 
– Mesin ni digunakan untuk memeriksa kadar power dan silau mata. 




2) Step 2:  Mesin Phoropter 
– Mesin yang digunakan untuk periksa  masalah rabun dekat atau rabun jauh





3) Step 3: Mesin Diagnostik
 –Mesin yang digunakan untuk pemeriksaan saraf mata bahagian hadapan.Hasil pemeriksaan ini kita akan mengetahui mata kita ada selaput, mata merah, penyakit kencing manis atau glaucoma. 




4) Step 4: Mesin Slit Lamp 
–Mesin ini digunakan untuk memeriksa saraf mata kita bahagian belakang . Alat ini dapat melihat struktur mata kita seperti kornea, iris dan lensa mata.Hasil pemeriksaan ini juga dapat mengesan  masalah katarak.

Ini adalah contoh hasil pemeriksaan mata secara klinikal di Optom Eyecare Bangi. Gambar keadaan mata yang kabur dan saluran darah yang pecah tu sama yang di alami oleh abah huda di kampung.. bahana kencing manis..... sangat menginsafkan untuk kawal pengambilan gula dalam diet harian. 

Wah, Boleh Customised Cermin Mata Ikut Bentuk Wajah!



Bagi perempuan  bertudung, memang penting sangat bila ada kemudahan customized cermin mata ikut jenis muka dan kesesuaian bentuk wajah. Jadi, masalah muka nampak pelik, nampak tua ke dan masalah tudung kembang takde .. Best kan?? 

Di Optom Eyecare Bangi juga menawarkan pelbagai, frame dan warna. Fully customized  cermin mata ni, memang akan rasa lebih eksklusif dan seronok nak pakai dalam jangka masa yang lama. 


Jawab Survey dan Berpeluang Menang Cermin Mata Komputer di Optom Eyecare Bangi

Sempena pembukaan Optom Eyecare Bangi iaitu cawangan kedua selepas pembukaan cawangan pertama di Mergong Kedah pada 1 April lepas, Optom Eyecare menawarkan peluang menarik untuk anda! 

Nak tak cermin mata komputer bernilai RM300? 
Jom  jawab survey sahaja di sini .

Cepat-cepat tau, sebab 200 orang sahaja yer yang berpeluang untuk menang!




Jika anda berminat untuk buat pemeriksaan mata dan dapatkan cermin mata baharu dengan kualiti terbaik boleh la kunjungi :- 

Optom Eyecare.
No.37, Jalan 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan. (Berdekatan Marrybrown)
🕰️BUKA SETIAP HARI
🕰️9AM-8PM
GPS: https://goo.gl/maps/KFs6hsbfRa3551Gj9

Untuk maklumat lanjut dan juga sebarang pertanyaan boleh hubungi Optom Eyecare Bangi di :-
Website: https://optom.com.my/
IG: www.instagram.com/optombangi
Fb: www.facebook.com/optombangi

Untuk warga Kedah boleh berkunjung ke cawangan Optom Eyecare Kedah.
No 17-GF,
Taman Bandar Baru Mergong,
05150 Alor Setar, Kedah
Tel: 011-10641167


Post a Comment

15 Comments

Sue Izza said…
memang berbaloi check ata kat sini terbaikkkk detail sangat
Ruby said…
Tetiba confius tengok gambar. Eh tu Qaseh ke Huda. Hahaha. Bagus cek mata macam ni. Barulah kita jaga mata kita. Hehe.
khai artzfar said…
eh tu bukan qaseh ke? haahaah confuse kejap. anyway baguslah kedai ni tapi sayangnya jauh dkt bangi. khai stay di shah alam . ada cawangan dekat sini memang gi dah
warda said…
mata ni memang penting sangat-sangat. kalau boleh undur masa, saya nak jaga mata dengan baik. sekarang dah pakai spek jadi renyah pulak. nasib baik ada tempat yg bagus mcm ni.
aeyshaabdulah said…
Kalau dekat sis dah terjah dah, memang nak check mata ni..dah kena tukar power dah ni..blurr je membaca
Bae Roslan said…
bagus buat full check mata sebenarnya kadang kita rasa takda masalah. bangi dekat dengan rumah
Siti Awadah said…
Pernah ikut suami buat pemeriksaan mata. Memang bagus check begini sebab kadang ada masalah silau dll, tuan punya badan tak perasan.
Marina Bashah said…
Bagus ada kedai cermin mata sebegini. Boleh consult kita sekali. Menarik perkhidmatan yang disediakan
SalinaJohari said…
Teliti betul pemeriksaan yang dibuat ya. Tertarik la nak try . Ada kelapangan masa nanti memang kena pegi sebab nak tahu lanjut tentang condition mata.
Rawlins GLAM said…
Dekat bebenar dengan rumah Rawlins nie. Boleh la nak pergi check mata sebab macam kabur sikit bila memalam nie
Bagus ni.. dia boleh check.mata secara terperinci.. tgk teknologi yg digunakan pun mmg hebat
Sis Lin said…
Bagusnya.. boleh tau tahap kesihatan mata kita.. ni kadang ramai main buat aje cermin mata kan.. ingat nak pi check mata gak laaa
Kitkat Nelfei said…
Nell memang berniat nak buat cermin mata baru for this year sebelum June, menariknya kedai ni boleh custom made bingkai ikut muka kita... best la macam ni... tapi jauh pulak kat Bangi... hopefully soon boleh ke situ!
Nina Mirza said…
Wah... Bagus ya dia check terperinci sampai gitu. Bab saraf ni memang kena pakar yang check. Nak pegi laaa nanti
Ika.S said…
wah menarik. nanti boleh ajak adik check mata dekat sini. terimakasih atas perkongsiannya sis