CHAMPS® DUOPHARMA BIOTECH DAN NASOM ANJUR KEMPEN KUTIP DERMA UNTUK TINGKATKAN KESEDARAN TENTANG AUTISME, MENAMPILKAN KARYA SENI KANAK-KANAK AUTISME



Pada tahun ini, sempena dengan Bulan Autisme Sedunia, jenama vitamin untuk kanak-kanak yang terbesar di Malaysia, CHAMPS® - Pilihan Ibu Untuk Juara, dengan kerjasama pertubuhan amal bukan kerajaan, Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM), telah menganjurkan kempen kesedaran di seluruh negara buat tahun kelima dalam usaha meningkatkan penerimaan umum terhadap Autisme di Malaysia.

 

CHAMPS ialah jenama pemakanan kesihatan terkemuka keluaran bahagian Penjagaan Kesihatan Pengguna (CHC) syarikat farmaseutikal terkemuka Duopharma Biotech Berhad (Duopharma Biotech).

 

Yang Berhormat Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia

Majlis Pelancaran kempen Kesedaran Autisme CHAMPS®-NASOM 2021, dengan tema ‘Kasihi Autisme Bersama CHAMPS®’, telah dihadiri oleh YB Khairy Jamaluddin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. Lebih 150 hasil karya lukisan tangan kanak-kanak autisme turut dipamerkan sebagai sebahagian daripada usaha mengutip dana bagi menyokong perkhidmatan dan program NASOM.

 

Khairy berkata : 

 “Saya dan isteri memang ada kepentingan secara peribadi untuk menggalakkan kesedaran autisme dan membolehkan pesakit memanfaatkan terapi, terutamanya membantu keluarga-keluarga yang tidak mampu membayar yuran. Kami percaya setiap kanak-kanak autisme seharusnya diiktiraf dan dipupuk untuk mencapai potensi penuh mereka dan menjalani kehidupan yang bermakna.”

 

CHAMPS® juga akan menyampaikan sumbangan daripada hasil jualannya, iaitu menerusi kerjasama dengan Guardian Malaysia, iaitu RM 1 daripada jualan setiap pek promosi Vitamin C CHAMPS® akan disumbangkan kepada NASOM. Usaha sama dengan salah satu daripada rangkaian runcit terbesar bagi CHAMPS® ini bertujuan menggalakkan pembelian produk Vitamin C CHAMPS® di kedai sepanjang April 2021. Sehingga kini, CHAMPS® telah menyumbang RM269, 217.50 kepada NASOM, membawa kerjasama industri ini ke peringkat yang lebih tinggi.


Leonard Ariff Abdul Shatar, Pengarah Urusan Kumpulan Duopharma Biotech berkata, 


"Kami berbangga untuk meraikan kerjasama penting selama 5 tahun dengan NASOM untuk menyokong usaha meningkatkan kesedaran dan penerimaan terhadap autisme di Malaysia. Menerusi kempen ini, bakat-bakat seni kanak-kanak diketengahkan buat pertama kali, dengan mempamerkan hasil karya insan autisme di bawah Program Terapi Seni NASOM.”

 

“Kami yakin bahawa kempen kesedaran ‘Kasihi Autisme Bersama CHAMPS®’ akan menjadi pemangkin untuk meningkatkan sokongan bagi komuniti autisme sambil memupuk bakat mereka selain menggalakkan keterangkuman dalam masyarakat, agar mereka terus berkomunikasi melalui seni,” 

 

Dari Kiri :    Dato’ Megat Ahmad Shahrani Megat Sharuddin, Presiden NASOM, President of NASOM,   Yang Berhormat Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia,  Encik Leonard Ariff Abdul Shatar, Pengarah Urusan Kumpulan Duopharma Biotech Berhad, Group Managing Director of Duopharma Biotech Berhad 


Autisme diiktiraf sebagai salah satu keadaan yang paling pantas berkembang di peringkat global, meliputi pelbagai bentuk gangguan perkembangan dari segi interaksi sosial dan kemahiran komunikasi asas. Salah satu kaedah komunikasi yang digunakan NASOM ialah terapi seni bagi kanak-kanak autisme untuk membantu mereka menyerlahkan bakat dan berkomunikasi menerusi karya kreatif. Seni didapati satu wadah yang sangat positif bagi kanak-kanak autisme, membolehkan mereka meluahkan pandangan dan perasaan masing-masing secara bebas.

 

Semasa merakamkan penghargaan atas sokongan dan sumbangan Duopharma Biotech sepanjang tempoh lima tahun lepas, Dato’ Megat Ahmad Shahrani Megat Sharuddin, Presiden NASOM President berkata, 


“Kami berharap menerusi kempen ‘Kasihi Autisme Bersama CHAMPS®’ orang ramai akan dapat mengiktiraf kanak-kanak istimewa ini dan cara mereka berkomunikasi. Setiap kanak-kanak adalah berbeza, lebih-lebih lagi kanak-kanak autisme. Seni itu sendiri ialah satu bentuk terapi yang bukan sahaja akan merangsang daya imaginasi kanak-kanak, tetapi mengasah kemahiran mereka untuk berinteraksi dengan pihak lain. Kaedah ini memainkan peranan penting untuk menyemai kebolehan kanak-kanak autisme, dan dengan dorongan yang betul, kami berharap mereka dapat mengembangkan bakat dan membawa manfaat kepada masyarakat menerusi kreativiti mereka.”

 

Dari Kiri : Yvonne Chew Ee Hong, Senior Manager, Duopharma Consumer Healthcare Sdn Bhd, Pengurus Kanan Pemasaran - Duopharma Consumer Healthcare Sdn Bhd ;    Shamsul Idham Ahad, Ketua Pegawai Eksekutif, Duopharma Consumer Healthcare Sdn. Bhd., Chief Executive Officer ;  Dato’ Megat Ahmad Shahrani Megat Sharuddin, Presiden NASOM, President of NASOM ; Yang Berhormat Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia ; Encik Leonard Ariff Abdul Shatar, Pengarah Urusan Kumpulan Duopharma Biotech Berhad, Group Managing Director of Duopharma Biotech Berhad ;  Encik Fernando Gongora, Ketua Jabatan Penjagaan Kesihatan Guardian Malaysia, Head of Health Care, Guardian Malaysia

Karya seni oleh kanak-kanak autisme NASOM dipamerkan untuk jualan di www.dbhealth2go.com dari 8 April 2021 hingga 15 Jun 2021.  Semua hasil jualan akan disalurkan untuk menyokong usaha NASOM meningkatkan kualiti kehidupan insan dengan autisme dan keluarga mereka menerusi program, perkhidmatan, sumber, ilmu dan inovasi sosial mereka, sambil memperjuangkan hak dan membuka peluang bagi insan autisme.

Kempen Kesedaran Autisme CHAMPS-NASOM telah memenangi Anugerah Jenama Kesihatan dan Kesejahteraan Malaysia 2017 di bawah kategori CSR terbaik daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Promosi di luar rumah digital kami disokong sepenuhnya oleh Laguna Media & Setia Media.


Post a Comment

0 Comments