Bahana Diabetes.. Sekarang Mata Abah dah Rosak...




Bahana Diabetes.. Sekarang Mata Abah dah Rosak...  | Bulan lepas abang huda di kampung kongsi satu berita sedih bila ophtamologist di kedai mata cek mata abah dan diagnos "blurry vision" . Kunjungan ke kedai cermin mata pada awalnya, abah nak buat spek baru. Namun di syorkan untuk rujuk pada pakar sebab mungkin harus buat pembedahan katarak. Pandangan abah makin kabur. Dan paling menyedihkan, bila Along kongsi apa kata pakar selepas doktor pakar cek secara terperinci mata abah... 

Bahana Diabetes.. Sekarang Mata Abah dah Rosak... 

Tahu Tak Apa Kaitan Diabetes dan Mata?? 

Nak kongsi sikit fakta dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) . 

Dianggarkan pada tahun 2030, seramai 2.48 juta rakyat Malaysia mempunyai masalah Diabetes Melitus. Seramai 48% pesakit (berumur >40 tahun) tidak menyedari mereka mempunyai Diabetis Melitus.

Diabetes Melitus atau penyakit kencing manis ialah satu penyakit kronik yang berkaitan dengan kandungan gula (glukosa) yang tinggi dalam darah. Ia kini menjadi masalah atau penyakit global dalam masyarakat.


Komplikasi yang berkaitan dengan diabetis melitus

  • Diabetik retinopati
  • Kegagalan buah pinggang
  • Penyakit jantung
  • Diabetik neuropati
  • Diabetic foot disease


Abah huda sudah bertahun jalani dialisis kerana kegagalan buah pinggang. Dan terbaru ni masalah mata atau lebih di kenali dengan diabetik retinopathy..




Sedih sangat bila tahu pandangan abah makin kabur.... 



Apa Itu Diabetik Retinopati?


Diabetik Retinopati ialah kerosakan pada retina yang disebabkan oleh komplikasi penyakit diabetes. Paras gula yang tinggi dalam darah menyebabkan salur darah tersumbat dan terhasil salur darah baru yang rapuh dan mudah pecah. Ini mengakibatkan penglihatan mata merosot dan seterusnya boleh menyebabkan kebutaan.

Tanda Dan Gejala Diabetik Retinopati


  • Tiada tanda dan gejala di peringkat awal
  • Melihat apungan (floaters) atau bintik hitam di dalam mata
  • Kabur penglihatan
  • Penglihatan terhalang (black spot) di kawasan tengah penglihatan
  • Sukar melihat dengan jelas di waktu malam
  • Diplopia (melihat imej berganda)
  • Mata merah
  • Peningkatan tekanan mata

Faktor Risiko Diabetik Retinopati


Tempoh menghidap Diabetes Melitus – risiko lebih tinggi jika menghidap Diabetes Mellitus lebih lama
Paras gula dalam darah yang tidak dikawal
Berat badan berlebihan atau obesiti
Merokok
Lain-lain masalah kesihatan – darah tinggi dan kolesterol yang tidak terkawal
Pesakit diabetes yang sedang hamil


Jenis Diabetik Retinopati

  • Retinopati tanpa proliferasi – Biasanya tidak mengganggu penglihatan. Berlaku sedikit pendarahan akibat salur darah retina yang bocor.
  • Pembengkakan makular – Ia terjadi akibat cairan retina yang bocor dan ia boleh merosakkan penglihatan tengah
  • Retinopati proliferasi – Berlaku apabila salur darah baru yang tidak normal dan rapuh terbentuk di mana salur darah ini mudah pecah dan mengakibatkan pendarahan dalam mata yang menyebabkan hilang penglihatan secara tiba-tiba.


Gambar kenangan 10 tahun lepas. Masa ni abah masih sihat dah gagah untuk pergi haji. 

Along berkongsi hasil consultation dengan pakar mata awal minggu ini... 

1. Mata abah yg rosaknya ialah saraf2 kecil kat mata=sama macam saraf dalam buah pinggang abah. Selalunya kalau saraf buah pinggang rosak, saraf mata pun sama, sbb dia saraf yg sama.

2. Punca saraf2 ni rosak kesan dari diabetes. Selaput mata abah just 5% je.

3. Saraf kecil rosak, bleeding and menghalang oksigen ke mata. Pom, meletup. So darah2 beku tu(floaters) bergerak2 dalam mata selama mata bergerak2. Jadinya luka n berparut. Bila jadi macam, ni kira da severe damage. Tiada rawatan. Maka mata kanan abah mmg ROSAK da.

3. Mata kiri masih ok. Cuma kena berjaga2 dengan diabetes abah. Jangan tinggi. Paling tinggi is 8. Mggu lepas baru cek up spital= 7. And lepas ni kalau sekiranya abah perasan ada floaters dalam mata kiri, cecepat g klinik, laser darah beku tu.

4. Abah boleh wat spek, fokus kan utk mata kiri tu. 


Hati huda meronta jer nak balik kampung lagi, nun di selatan sana. selagi abah masih mampu lihat kami anak-anak dan cucu-cucu, rasa nak spend more time dengan abah.. Semoga PKP ni dan larangan rentas negeri cepat2 la berakhir... Memang kita takut kena COVID, tapi lagi takut tak sempat nak berbakti pada orang tua kita... 
Doakan agar abah huda tabah dan redha dengan ujian ini... Dan semoga abah dapat kawal kencing manis agar masih boleh melihat sehingga hujung nyawa.... 

P/s : Huhu.... teringat kat nenek Seo Dal mi dalam cerita Start Up... huhu, bikin hati ku banjir dengan tangisan tak berlagu....


Post a Comment

2 Comments

Han Hanni said…
Sama dgn MIL saya.
Kencing manis tinggi. Tak makan ubat.
Insulin pun xnak.
Skrg dah 3tahun kaki luka tak sembuh.
Mata dah kabur teruk.
Kami nk g buat spek, pun sama.
Pekedai suruh refer pakar mata, sbb kalau buat spek pun tak membantu.