Weekend Hike di Bukit Besar, Kuala Terengganu | Apa aktiviti korang hujung minggu? Huda suka buat aktiviti outdoor yang keluarkan peluh. Semalam huda dan suami mendaki Bukit Besar di Kuala Terengganu.
Weekend Hike di Bukit Besar
Fakta Menarik Tentang Bukit Besar
- Bukit Besar terkenal kerana di sinilah terletaknya tulisan ikonik di Terengganu iaitu ‘Allah Peliharakanlah Terengganu.’
- Bukit Besar merupakan satu destinasi untuk berekreasi dengan cara berjalan mendaki ke atas bukit ini yang dibuka pada orang ramai, untuk menikmati keindahan Terengganu dari puncaknya.
- Dari puncak Bukit Besar, pengunjung dapat melihat Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam dan Sungai Terengganu.
Laluan Trek Hiking Bukit Besar
Terdapat 4 pilihan untuk hiking di bukit besar. Boleh rujuk di peta yang di sedia di kaki bukit sebelum mendaki
Huda pilih trek hiking paling senang jer, sebab dah lama kot tak hiking. so mula slow and steady jer dulu.
Best yer hiking ni, dapat enjoy view.
Bandar Kuala Terengganu
View dari belakang tulisan ikonik
" Allah Perliharakanlah Terengganu "
" Allah Perliharakanlah Terengganu "
Naik ke puncak melaui trek yang paling mudah ni, memakan masa dalam kurang 15 minit sampai ke puncak pencawang TM. Kami just stop di sini sahaja. Kemudian hujan gerimis mula turun. Maka waktu turun haruslah lebih cepat kan?
Pencawang TM di puncak Bukit Besar
Rezeki kami pergi semalam, naik langit mendung. Turun jer, hujan turun. Alhamdulillah, rezeki dapat mandi hujan semalam.
Total masa huda habiskan untuk naik dan turun, sambil banyak rest sebab nak amik gambar dalam 37 minit. Rasa tak puas. Next time huda nak ajak suami teroka laluan hiking yang lebih mencabar. InshaAllah.
14 Comments