Tips Parenting - Ajar Anak Beradab dan berakhlak dengan Baca Hadis Setiap Hari



Tips Parenting - Ajar Anak Beradab dan berakhlak dengan Baca Hadith Setiap Hari | Semakin meningkat usia anak-anak, semakin banyak perangai yang mereka mula tunjukkan. Sebagai parent, kita mesti mendambakan anak-anak yang menghormati kita, dengar cakap kita. Anak yang beradab dengan orang tua dan juga berakhlak. Huda sangat tak bersetuju bila parent gunakan kekasaran dengan harapan nak ajar anak jadi ' orang' .  Anak itu ibarat kain putih, kalau kita warna kan dengan hitam takkan nak expect anak jadi warna cerah pulak kan? 


Tips Parenting - Ajar Anak Beradab dan berakhlak dengan Baca Hadith Setiap Hari


Islam itu sangat indah. Rasulllah SAW dah pesan banyak sangat ilmu pada kita, tinggal kita nak baca , buat dan sampaikan ilmu itu kepada anak-anak kita pula. 




Ini buku hadis yang huda bacakan untuk anak-anak setiap kali lepas solat isyak berjemaah. Biasa rutin lepas solat isyak, baca hadis kemudian count blessing sama-sama dan mereka terus masuk tidur. 




Huda nak kongsikan beberapa hadis yang berjaya mengubah perangai anak-anak menjadi anak yang lebih baik dan memberi mereka inspirasi untuk jadi anak soleh dan yang terbaik di dunia dan akhirat dengan memiliki adab dan akhlak mulia seperti junjungan kita Rasullah SAW. 




Hadis tentang pahala..
Time huda baca hadis pada anak2. diorang senyap dan terdengar sikit abang teresak-esak menangis. Si adik pula mula muka sedih. Diorang sedih nanti mama papa mati.. 
Huda pesan..jadi anak soleh yer..bagi mama papa pahala berterusan..itu jer mama nak...
Lagi kuat diorang nangis..
comel lah anak-anak ni.. 




Hadis tentang marah...
Budak kecil lagi lah kena belajar nak handle marah,supaya nanti dah besar lagi bijak control emosi. Semoga hadis ni melekat di otak anak2. Kalau rasa nak marah jer, cakap pada diri sendiri...Aku Kuat. 





Hadis tentang tenang...Si abang ni memang perangai nak cepat, agak clumsy sikit. Hadis ni sebagai peringatan supaya dia boleh ubah perangai jadi orang yang tenang..sebab Allah suka. Bila kita buat apa Allah suka..Allah akan bagi apa yang kita suka..

Hadis tentang Sabar dan Syukur.  Hidup ni ibarat langit, tak selalu nya cerah. Namun selepas hujan , ada pelangi yang buatkan langit berseri kembali. Begitu juga hidup. Persiapkan anak-anak supaya sentiasa sabar hadapi apa juga ujian yang datang dan sentiasa bersyukur atas segala nikmat.. 

Alhamdulillah, anak-anak semakin hari semakin suka dengar huda bacakan hadis. Ada  sehari tu huda rasa malas nak baca, tapi anak-anak request juga. Bagus lah diorang jadi pencinta ilmu.  Semoga ia menjadi panduan hidup anak-anak untuk menjadi anak soleh, beradab, berakhlak mulia seperti junjungan Nabi Muhammad SAW... 

~ counting days to Ramadan.. sama-sama kita dekati diri pada Allah, semoga Allah panjangkan umur kita berada di dalam Ramadan

Post a Comment

1 Comments

Azzie Reyes said…
Boleh saya tau beli mana ye buku hadis ni?