Thank You Shopee dan YES , Bagi Data FREE Setiap Bulan!


Thank You Shopee dan YES , Bagi Data FREE Setiap Bulan!
| Semenjak huda pindah rumah baru tahun lepas, memang dah tak guna Unifi dan bergantung pada mobile data sahaja untuk bekerja, layan netflix dan streaming.  Rezeki sangat, dari  penghujung tahun lepas huda dapat redeem free data setiap bulan sebab Shopee dan YES sponsor! Bukan sikit tau data nya, 100 GB tu!! 

Thank You Shopee dan YES , Bagi Data FREE Setiap Bulan!


Macamana Huda boleh dapat Free Data dari YES x Shopee ? 

Alkisah hujung few months di tahun lepas, memang release stress PKP dengan joli sakan shopping barang kat Shopee. Masa awal bulan di penghujung tahun 2020, ada dapat notification updates di apps Shopee. Fuh, baru ku tahu... setiap RM 50 akan dapat 5 GB data YES.  Ini latest shopee update, huda dapat lagi data free untuk kali ke 4 ke 5, entah tak kira pulak... hihi


Abaikan shopping carts yang lebih 99 items tu, haha...


Ini terma dan syarat untuk layakkan diri dapat FREE Data! 


Yeah, dapat lagi 100 GB , few months berturut redeem 100 GB ni. Untung ke idok shopping di Shopee ni??? 
Opss, berapa huda shopping sampai dapat 100 GB tu? 
RM 50 = Dapat 5 GB
RM XXX = Dapat 100 GB


Cara Redeem Free data   YES X Shopee

Mula-mula sekali haruslah korang dapatkan simkad YES di shopee. Alah, murah jer RM 1 jer.  Huda pun beli extra sim untuk phone The Arifs. 

Kemudian aktifkan nombor dan install apps YES. Dan klik pada button Redeem Voucher


Kemudian masukkan kod yang diberi di Shopee Apps dan redeem 

Bila akaun dan kod voucher sudah di sahkan akan keluar notification macam ni. 


Alhamdulillah, rezeki... 


Tak habis pun 100 GB ni , layan netflix laju, tengok Youtube pun laju. Hotspot dari phone ke laptop dan TV pun smooth. Berbaloi-baloi... 

Thank you YES dan Shopee. Saya memang suka shopping dan ianya reward yang sangat berbaloi dan sangat diperlukan di saat hidup memang bergantung pada mobile data untuk kerja dan hiburan setiap hari... 













Post a Comment

12 Comments

Ezna Khalili said…
Tak tahu pula pasal ni. Dapat data free Yes X Shopee ni. Kena baca la cara-caranya ni. Berminat juga sis.
Bestnya, ala tapi kite tak pakai YES. Boleh suruh deorang letak telco lain sekali tak? haha
Fadima Mooneira said…
Hey....hey.....hey.......free data man! That's good! Thank you for sharing this good information with me. So happy to hear this.
Rawlins GLAM said…
Wah. Pemurahnya YES nie dengan klien dia. Dalam keadaan sekarang di mana semuanya online, memang bagus jika ada banyak data sebegini kan.
Aerill Hassan said…
wah bestnya! Untuk hotspot tu ada limitation ke tak? 100GB memang banyak tu! Haish, nak bertukar ke YES lah lepas ni :)
Nadia Johari said…
Pergh baru tau ade jual simkad Yes dekat shopee. Macam-macm shopee ada.Bagus Yes bagi data free..memang syokla free saja dapat
Sis Lin said…
Waaa tau beli YES haritu, tapi prepaid pun sama ke? Sebab Sis suka pakai prepaid dari postpaid., tak yah pening kepala..
Wahh menarik baru tahu. Utk free data. Nanti boleh inform anak
Alia Farhan said…
Wah baru tau ni... Ok nak redeem gak.. Saya mmg shopee addict.. Setiap bulan keja mnyopeee ja😂🤭
SalinaJohari said…
Wow sakan la yea free data. Bolehla amik nanti tuk anakanda² kat rumah ni jugak