Advertisement

Staycation di RAIA Hotel, Kuala Terengganu



Staycation  di RAIA Hotel, Kuala Terengganu  | Alhamdulillah, peluang untuk bercuti bersama anak-anak buat kali pertama di tahun 2021.  Walau PKPB di Kuala Terengganu sektor perlancongan sudah di buka dan pool dah boleh guna. Huda terus booking hotel untuk tunaikan hasrat anak-anak yang tidur hotel dan mandi pool. Last time kami bercuti tahun lepas dan berendam dalam pool adalah di The Haven Resort, Ipoh

Staycation  di RAIA Hotel, Kuala Terengganu 


Holiday kali ni dekat jer dengan rumah, tapi nak buat travelog ala-ala holiday rentas negeri lah.  Trip 2 hari 1 malam , dapat cuti masak 2 hari, yeay!! 

Trip 2 hari 1 Malam - Bercuti di RAIA Hotel Kuala Terengganu 


27 Februari 

Keluar rumah dalam tengahari lepas urusan kerja office selesai. Kira amik cuti half day konon yer. hehe.. 

Terus cari lokasi makan tengahari yang sedap. 

Lunch kami di Selera Kampung . 


Total  makan tengahari kami RM 17 

Selesai makan tengahari terus ke lokasi seterusnya iaitu Barbershop. Persiapan adik nak naik sekolah darjah 1, bagi new hair cut. Sekali jalan, all the boys potong rambut. Last diorang potong rambut ni hujung tahun lepas. hehe.. 


Selesai potong rambut terus gerak ke Raia Hotel yang terletak di Jalan lapangan terbang Kuala Terengganu dan berhadapan dengan Kompleks Sukan Gong Badak. 




Lalu pintu utama hotel , nampak Raia Side Walk Stall  Boleh tahan murah harganya, so memang duduk dalam hotel jer la  makan sini jer nanti. 




Family potrait dalam bilik kami. OOTD dengan baju Mickey sedondon , beli kat Shopee jer. Dah genap setahun baju ni.. beli sebab nak pergi Sabah tahun lepas.

Baca >> TRAVELOG SABAH << 

Tahun ni pakai semula sambil throwback genap setahun kami bercuti ke Sabah... huhu. rindu yer nak travel jauh2... 

Nak beli baju sedondon camni. KLIK >> https://shp.ee/y49arih <<

Bilik lengkap dengan katil saiz King. dan kemudahan lain standard hotel 4 bintang. Bilik luas, toilet pun luas siap ada bilik asing untuk toilet, shower dan sinki. 



Lepas solat zuhur, tengok TV jer...
 Sebab cuaca panas, tekak terasa kering dan rasa pulak nak makan manis. Maka order ice cream dan donut stick. dari  Raia Side Walk Stall 

Total semua ni, RM 10 . Ice cream RM 4 dan donut RM 6  



Lepas solat asar baru siap sedia turun ke Pool. Sebelum turun pool huda order siap-siap makanan dari Raia Side Walk Stall. Tahu dah anak2 keluar pool nanti terus kebulur. 

Huda tapau Kuey Teow Kantonis untuk diri sendiri, encik suami nak makan mee goreng mamak, si abang makan Keuy Teow Penang Style dan si adik mee hoon goreng daging. 


Total semua ni, RM 20 sahaja. 

Time huda nak makan, aduhai baru perasan, Kuey Teow Kantonis ni kena makan guna sudu lah. Nak  minta sudu semata-mata dari hotel macam segan. Maka order lah keropok lekor dan pesan suruh hantar sudu sekali. hehe. 


RM 14 - Keropok Lekor harga kayangan...




Aktiviti malam, enjoy movie night atas katil. Pilih tengok movie terbaru dari Disney yang berjudul  Secret Society of Second Born Royals. Okay lah movie ni, sesuai untuk tontonan keluarga.




28 Februari 2021




Bangun subuh dan siap-siap untuk keluar jogging. Dah lama nak bawa anak-anak jogging di Pantai Miami Seberang Takir ni. Sebab tengah mood holiday dan ala-ala tourist , maka rajin lah encik suami bawa berjogging ke sini. 


Hmm, boleh lah pergi sekali ni jer kot, view memang cantik, tapi kereta lalu lalang , udara tak fresh bau asap kereta jer. 

Lepas jogging, cari warung roti canai berdekatan dengan hotel. Kami decide tak amik pakej breakfast di hotel sebab  bukan ada breakfast buffet pun, feeling makan ala carte nasi lemak jer RM 15 seorang pulak tu kan, takpe lah kot.  Makan roti canai kami sekeluarga ni pun tak sampai RM 10 tau! 



Dalam pukul 9, dah sampai bilik hotel. Tukar swimming suit masing-masing dan masuk pool sampai puas. 




Swimming pool di Raia Hotel ni, ada bahagian kids dan kolam renang dewasa. Tapi The Arifs lagi prefer main dalam pool besar ni. 

Setelah puas bermandi manda, naik bilik dan siap-siap untuk check out.  Tepat pukul 12 kitorang check out  dari hotel. Encik suami letak barang di dalam bonet kereta dan singgah makan lunch di Raia Side Walk Stall yang terletak betul-betul depan pintu masuk hotel. ada sediakan ruang makan bawah khemah. 

Kami makan nasi beriyani ( RM 6)  dan nasi tomato ( RM 6 ) . Minuman air teh tarik 50 sen secawan. Total lunch hari ni RM 25 

Kami makan lunch betul-betul di belakang sign board hotel ni. Outdoor , bawah khemah, menu pulak macam makanan wedding. rasa macam pergi kenduri kahwin orang pulak. hehe..


Habis sudah, staycation 2 hari 1 malam di Raia Hotel yang dahulu dikenali dengan Hotel TH. Nama berubah sebab dipindah milik kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJ) semenjak bulan April yang tahun lepas. Lega tercapai nak tunaikan hasrat anak-anak nak bercuti walau dekat jer dengan rumah. InshaAllah semoga keadaan Malaysia semakin pulih dan dapat lah kami bercuti jauh sikit nanti.... 

Post a Comment

22 Comments

  1. wah..seronok la anak2 boleh pergi berjalan..kita juga belum ke mana-mana lagi..huhu

    ReplyDelete
  2. Fuhh...boleh mandi sepuas hati sebab takde orang . Saat ni jugaklah yang ditunggu oleh anak-anak kan. Sambil tu kita leh relaks

    ReplyDelete
  3. Syukur dah boleh rentas daerah nie. Rawlins dan rakan-rakan pun dah fikir nak pergi camping. Hahaha. Nak mandi air sungai.

    Terkejut tengok harga lekor kayangan tu. Kus semangat

    ReplyDelete
  4. Cantik hotel ni huda, seronok jadi warga Terengganu dapat menikmati panorama indah hari2 kat sana tau.

    ReplyDelete
  5. wahhh bestnya jogging sambil tengok sunrise! Memang cantik sangat view dekat situ. Pekena roti canai banjir fuhhh sedappp

    ReplyDelete
  6. Aduh rindu pulak nak ke Trengganu.. Lebih-lebih lagi Paka.. now Suami aje ke sana atas urusan kerja.. one day laa lajak ke KT menginap di sini...

    ReplyDelete
  7. Jalan-jalan tempat sendiri pun best kan Huda. Marsha pun plan nak travel dekat2 ni alang2 boleh rentas daerah

    ReplyDelete
  8. Cantik hotel ni. Boleh masuk dlm list hotel bila nak rentas negeri boleh la kita bercuti2 di sana. Hihi

    ReplyDelete
  9. Serious rindunya Terengganu. I pernah kerja kat situ for few months kat Kemaman laaa.. but the latest trip last year really membuka mata especially their attraction and foods.. Tak tahu yang this state is also another food paradise!

    ReplyDelete
  10. Seronoknya tengok dapat staycation & makan sedap2. Enjoy betul anak2 kan. Rindu Terengganu. Last pergi masa single belum kahwin lagi

    ReplyDelete
  11. rindunya nak makan angin lagi, suka ke area pantai timur sebab pantainya yang cantik dan of course makanan yang sedap-sedap. Tapau kepok lekor ngan satar ikan, emm sedap

    ReplyDelete
  12. Rindunya nak holiday lagi... Xpenah sampai terengganu... Harap lepas ni boleh la ke sini.. Tgok tmpt pun menarik

    ReplyDelete
  13. Glad you enjoyed your staycation. This hotel looks really good for a staycation.

    ReplyDelete
  14. Untung la sis, kami di Lembah Klang ni baru boleh rentas daerah besok. Pool pun belum bukak.

    ReplyDelete
  15. comel la pakai baju sedondon macam tu..suka tengok...rindu terengganu dulu kalau ke sini jumpa adik ipar ..nanti boleh try menginap kat sini

    ReplyDelete
  16. no wonder la macam penah dengr nama dia rupanya yaa memang dah tukar. tak silap dlu masa promote tourism terengganu dorang penah cakp this is one of the best hotel . boleh repeat lagi Lepas ni!

    ReplyDelete
  17. Menarik la tempat dia..untung dapat pergi bercuti..

    ReplyDelete
  18. Best juga Hotel Raia ni, kita pun dah lama tak pergi bercuti atau staycation, nak plan lepas ni.

    ReplyDelete
  19. Not bad laaa hotelnya. Nampak selesa dan best ada swimming pool ala theme park. Seronok laaa tak ramai orang kann? Makan senang dan murah. Love lah!

    ReplyDelete
  20. Nanti dah boleh merentas nak cuti-cuti kat terengganu lah.

    ReplyDelete