Resipi Nasi Ayam Hainan Guna Presssure Cooker Primada Special Edition



Resipi Nasi Ayam Hainan Guna Presssure Cooker Primada Special Edition  | Hadiah reward bulan Februari ni, huda beli Pressure Cooker Primada Special Edition yang comel berkapasiti 2.5 liter sahaja bersesuaian dengan isi rumah keluarga kecil kami. Sudah seminggu  Presssure Cooker Primada Special Edition  ni berkhidmat. Selain masak nasi putih, huda dah guna masak brown rice, masak kek dan terbaru hari ni huda cuba masak Nasi Ayam Hainan. Jom kita kongsi resipi mudah Nasi Ayam Hainan guna  Presssure Cooker Primada Special Edition 


Resipi Nasi Ayam Hainan Guna Presssure Cooker Primada Special Edition 


Bahan-Bahan
1) 3 Cawan Beras 
2) 1 Helai daun pandan
3) 1 biji bawang merah 
4) 2 inci halia 
5) 5 ulas bawang putih
6) Rempah tumis ( kayu manis, bunga lawang, cengkih ) 
7) 1 sudu kecil pati ayam atau 1 kiub ayam 
8) Ayam 
9) Sedikit minyak masak untuk menumis 
10) 1 sudu besar minyak bijan 

Cara-cara 

1) Rendam beras dengan 1 sudu serbuk kunyit selama 30 minit 
2) Tumbuk lumat 3 ulas bawang putih dan 1 inci halia
3) Lumur pada ayam dan biarkan seketika
4) Hiris 1 inci halia dan 2 ulas bawang putih dan 1 biji bawang merah
5) Set PC kepada stir fry dan panaskan minyak masak dan minyak bijan.



6) tumis  bawang tadi bersama rempah tumis
7) Lepas bawang dah naik bau, masukkan daun pandan dan juga beras. Kacau sebati 
8) Masukkan 3 cawan air 


9) Susun ayam di atas beras 



10) Tekan stir fry untuk cancelkan proces stir fry. Kemudian tekan Cook Rice. 



11) Biarkan sampai proses  memasak selesai. Mula-mula skrin memaparkan C000 , kemudian P010 dan keluar perkataan END memandakan nasi sudah masak. proses memakan masa kurang dari setengah jam. 




Nasi dah siap masak dan boleh di hidang bersama kicap, sos nasi ayam dan juga salad. Maaf tiada gambar masa hidang, sibuk makan sampai lupa snap gambar. hehe.. 



Overall, huda sangat berpuas hati dengan Presssure Cooker Primada Special Edition. Kalau korang berminat nak grab satu, klik jer kat link shopee ni. 
>> https://shp.ee/kxvtjbd <<

Okay, sampai sini dulu, next huda nak sharing resepi ayam korea paling sedap huda pernah buat!