Advertisement

Resipi Ayam Goreng Korea Guna Sos Gochujang yang Sedap Menjilat Jari!



Resipi Ayam Goreng Korea Guna Sos Gochujang yang Sedap Menjilat Jari!  | Craving nak makan ayam korea semalam.. . Apa lagi terus bersilat kat dapur sediakan bahan untuk buat ayam korea homemade. Buat sendiri ni puas makan banyak-banyak! Sebelum ni huda buat ayam korea guna campuran sos tomato, sos cili dan sos plum. Kali ni huda pertama kali nak cuba resepi ayam goreng korea guna sos Gochujang. Fuh ternyata, hasilnya sangat marvellous dan menjilat jari! 

Resipi Ayam Goreng Korea Guna Sos Gochujang yang Sedap Menjilat Jari!

Jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan untuk buat ayam goreng korea :-

Bahan untuk ayam goreng:
  • 600g kepak ayam
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • sedikit serbuk black pepper
  • garam secukup rasa
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2/3 cawan tepung jagung
  • minyak yg banyak untuk deep fry ayam


Bahan-bahan untuk SOS
  • sedikit minyak
  • 2 biji bawang putih
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 3 sudu besar sos gochujang
  • 1 sudu besar gula perang
  • 1 sudu besar madu
  • bijan putih 


Selepas sediakan semua bahan, jom kita mula adun untuk ayam goreng . Bersihkan ayam, tos kering.



Tumbuk bawang putih dan halia dengan lumat kemudian lumurkan pada ayam. Tambah serbuk black pepper dan sedikit garam. Perap sebentar.


 
Campur dan kacau sekata tepung gandum dan tepung jagung. Celup dan gaulkan ketulan ayam tadi atas tepung. Susun dalam bekas


 
Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga kekuningan. Angkat dan rehat sekejap.

 
Masukkan kembali ayam dalam kuali dan goreng buat kali ke 2. Goreng sehingga keperangan. Angkat dan toskan. 

 
Kemudian untuk buat sos, mudah sahaja.  Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan. Masukkan kicap manis, air, sos gochujang, gula perang, dan madu. Masak sehingga kuah pekat. Gaulkan ayam yang dogoreng tadi sehingga sekata. Tabur dengan bijan sebagai hiasan.


 
Fuh, memang sedap. mujur huda masak banyak, serius puas betul makan. Suami banyak kali puji. Memang lepas ni akan repeat dan follow resipi ni. Kalau korang suka makanan korea, jangan lupa juga cuba resepi Homemade Dakgalbi . 
 


Post a Comment

5 Comments

  1. wah sedapnya. teringin nak makan ayam goreng korea :)

    ReplyDelete
  2. nampak soo yummy ayam goreng korea huda :)

    ReplyDelete
  3. Rajin buat sos sendiri. Ai curah sos Korea Adabi je. Huhuhu!

    ReplyDelete
  4. Tak pernh cuba lagi..nanti boleh cuba..teringin nak amkan ayam korea

    ReplyDelete