Pengalaman Pertama Kali Berkhemah di Pantai Teluk Ketapang | Salam Hujung Minggu. Alhamdulillah, wishlist anak-anak berkhemah sudah tercapai semalam. Lokasi pilihan berdekatan dengan rumah jer, sebab first time nak pasang khemah di luar, biasa sebelum ni hanya pacak khemah tepi rumah jer. Rezeki sekarang, kita sudah diberi kebebasan untuk melakukan aktiviti rekreasi termasuk berkhemah haruslah di manfaatkan sebaiknya..
Pengalaman Pertama Kali Berkhemah di Pantai Teluk Ketapang
Lokasi Perkhemahan - Pantai Teluk Ketapang, Kuala Terengganu
Lokasi ini menjadi pilihan kami sebab ia luas, redup dengan pokok-pokok. Nak gantung hammock pun mudah.
Tambahan pula seberang jalan , ada kemudahan playground, toilet dan surau.
Pantai agak jauh juga jika nak pergi, dalam 5 ke 10 minit kot jalan kaki. Kami duduk sekitar khemah sahaja, tak terjah pantai teluk ketapang pun. Misi memang nak spend family time berkhemah.
Pengalaman Pertama Kali Pasang Khemah di tepi pantai.
Hasil pembacaan di group facebook Family Camping, huda belajar cara-cara untuk set up khemah yang betul.
Mula-mula kena pasang ground sheet, kemudian baru pasang khemah di atas ground sheet. ia step penting, agar khemah kita tak rosak ,sebab tak tahu kan ada benda tajam di atas tanah yang boleh merosakkan lantai khemah. Khemah bukan yer murah kan, so jaga lah elok-elok.
Lepas settle pasang ground sheet dan juga khemah, baru pasang fly sheet. Fly sheet ni fungsi untuk block sinaran matahari. Part nak pasang flysheet paling mencabar sebab angin dari pantai sangat kuat semalam. Fuh, memang berpeluh lah kami suami isteri untuk lawan angin demi pasang fly sheet ni.
Part favourite anak-anak, hammock sepasang untuk The Arifs selamat di gantung di dahan pokok.
Breakfast di Campsite
Menu breakfast simple jer . Huda masak awal-awal dari rumah. Pancake nasi.
BBQ Lunch di Campsite
Moment paling penting berkhemah semestinya masak BBQ.
Sian encik suami, agak mencabar nak hidupkan api, sebab angin kuat. Api asyik terpadam jer. Itu lah namanya pengalaman kan?
Part encik suami hidupkan api, part huda pula masak. Seronok tengok lemak ayam mencair dan jatuh kena bara api..
Family photo perkhemahan pertama kami...
Menu Petang
Untuk menu petang pula, bakar satay ikan menggunakan bara api yang masih hangat tadi.
Alhamdulillah, prefect sangat semuanya..
Aktiviti Perkhemahan
- Santai-santai layan angin pantai duduk di hammock
- Main Kad Magic - Papa & The Arifs bonding time
- Main control car
Kami berkhemah dari pukul 8 pagi sehingga pukul 4.30 petang sahaja. Belah petang , kawasan semakin bising dengan ATV dan semakin rancak orang datang picnic di bawah pokok. Jadi dah kurang privacy dan kedamaian.
Alhamdulillah, perkhemahan kami di Pantai Teluk Ketapang merupakan pengalaman pertama berkhemah yang tidak dapat dilupakan. Memori indah di bulan Mac 2021. Anak-anak request perkhemahan ni jadi aktiviti setiap hujung minggu. Seronok lah tu... InshaAllah , next time huda teringin nak berkhemah tepi sungai atau air terjun pula. InshaAllah, semoga panjang umur murah rezeki dapatlah tercapai hasrat di hati...Amin..
Baca juga >> 10 Senarai Barang Perkhemahan Beli di Shopee <<
Baca juga >> 10 Senarai Barang Perkhemahan Beli di Shopee <<
15 Comments